Kegembiraan ibu kepada lima orang cahaya mata, Yatt Hamzah menerima kehadiran cahaya mata lelaki pertamanya dalam hidup mereka sekeluarga jelas terlihat di wajah Yatt.
Selalu tampil ceria dan teruja malah banyak perkongsian mengenai anak lelakinya, Sayf Mohammed Zubayr dikongsikan olehnya di Instagram.Anak
Terbaru pelakon cantik itu turut berkongsi beberapa tips untuk ibu menyusu. Kata Yatt dia bersyukur kerana dilimpahkan rezeki menyusukan bayi lelakinya itu walaupun kecewa pada awalnya terpaksa mencampurkan dengan susu formula selepas dinasihatkan oleh doktor.
“Sharing ni untuk kaum Hawa je. So kaum Adam boleh skip ya. Sebelum-sebelum ni untuk 4 anak Bonda Kak Nia, Iqlima, Medina dan Hawa memang Bonda fully Breastfeeding (BF) sejak lahir hinggalah 6 bulan.
“Dalam pantang memang banyak susu alhamdulillah cukup untuk 2 bayi sebab jarak anak-anak memang dekat, so Bonda BF new born baby sekali denga kakaknya. Dan Walaupun Medina prolonged JAUNDICE juga dulu tapi tak pernah campur susu dengan formula.
“Namun lain pula dengan baby Boy #SAYFMOHAMMEDZUBAYR. Ini memang pengalaman baru. Bonda terpaksa beri susu formula buat sementara kerana setelah beberapa hari BF dengan sangat kerap iaitu sejam sekali, kuningnya makin naik tinggi dan atas nasihat doktor terpaksalah dicampur denga susu formula.
“Dan inilah 1st time Bonda beri formula milk untuk anak bawah 6 bulan. Mula-mula memang agak frustrated tapi untuk kebaikan baby, Bonda redha. So Bonda BF dan beri formula dan mengepam untuk stock up susu,” kongsi Yatt di awal kelahiran bayi Sayf pada awal Julai lalu.
Berdepan dengan masalah demam kuning yang panjang di awal kelahiran, kini alhamdulillah baby Safy semakin sihat membesar. Malah susu untuknya melimpah ruah. Kata Yatt dia bersyukur rezeki untuk anaknya itu sentiasa ada.
” Alhamdulillah baru selesai mengepam untuk baby Sayf Mohammed Zubayr. Rezeki dia hari ni, syukur sangat-sangat,” tulisnya.
Dalam pada itu Yatt turut berkongsi beberapa tip dan panduan untuk memilih pam susu dan juga memperbanyakkan susu. Semoga perkongsian Yatt ini dapat membantu mama di luar sana.
“Ramai yang tanya bonda panduan memilih pam susu yang baik. Saya dah gunakan pam susu sejak 11 tahun lalu, anak yang pertama, dah 11 tahun pun dia sekarang. Sampai baby ke lima ni. Saya dah cuba pelbagai pam susu, lebih lapan jenis pam susu pelbagai jenama.
Yang pertama sekali kalau nak pilih pam yang baik adalah:
* Pam elektrik berbanding pam manual sebab lebih mudah dan cepat dia buat kerja.
* Pilih double pam iaitu kiri dan kanan. Kita nak mengepam cepat sikit dan susu pun lebih banyak susu dikumpulkan.
* Pilihlah pam yang ringan sebab ringan dan mudah nak bawa ke mana-mana.
* Pilih pam yang tidak menyakitkan, selesa untuk kita gunakan. Pilih pam yang ada ada silikon sebab lembut.
* Jangan lupa pilih pam yang senyap atau perlahan bunyinya agar kita tak ganggu dan tarik perhatian orang lain.
* Jangan lupa pilih pam yang mudah untuk kita nak bersihkan.
* Jangan lupa pilih dan carilah pam dengar harga yang berpatutan.
Tip untuk ibu sebelum menyusu dan banyakkan susu
* Pastikan buat urutan dulu pada payudara untuk rangsang susu nak keluar. Kalau ada bengkak susu ke atau tersumbat dia akan melancarkan dengan urutan.
* Minum air suam sebelum dan sepanjang kita menyusu. Jangan lupa selawat 7 kali sebelum minum.
* Setiap hari jangan lupa makan makanan berkhasiat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Kredit: @yatthamzah_suci
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tekanan darah tinggi ketika hamil wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri yang tidak berkembang dengan sempurna.
Penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung
1. Pengaliran darah ke placenta berkurang
-Bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein dalam air kencing
2. Sakit kepala yang teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan bermasalah, jadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit perut di sebelah atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau muntah
6. Kurang platelet dalam darah
7. Hati tidak berfungsi dengan baik
8. Susah bernafas, termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
Luka episiotomi banyak terjadi kepada ibu yang bersalin terutama sekali bagi ibu yang baru pertama sekali bersalin.
Ia adalah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi.
Jururawat Bel Nawhen telah berkongsi info dan tip berguna tentang episiotomi khususnya ketika proses menjahitnya.
#1 BIUS PADA OTOT, BUKAN KULIT
Sewaktu menjahit episiotomi, kebiasaannya kita akan beri bius setempat (local anaesthesia) pada otot vagina bukannya pada kulit.
#2 RASA SAKIT SEPERTI DIJAHIT HIDUP-HIDUP
Kenapa sakit seolah-olah dijahit hidup-hidup? Kerana kawasan kulit dia vagina/perineum ada banyak saraf.
#3 KENAPA TIDAK BOLEH BANYAK BIUS?
Kenapa tak boleh beri banyak bius? Bila bius terlalu banyak, kawasan jahitan terutamanya kulit akan membengkak, akan susah nak jahit dan bila bengkak surut, jahitan akan jadi longgar lalu sebabkan proses penyembuhan luka episiotomi akan menjadi lambat.
4 TIP IBU BOLEH LAKUKAN KETIKA JAHITAN EPISIOTOMI DILAKUKAN
Macam mana pula nak divert rasa sakit dijahit?
1.BERI KERJASAMA
Beri kerjasama kepada perawat. Jangan gerak. Banyak gerak kerana boleh melambatkan proses jahit, jadi anda perlu tahan sakit lebih lama.
2.AJAK NURSE BERBUAL
Ajaklah nurse tu berborak. Saya sendiri berbual dengan nurse yang jahit epi saya
3.BANYAKKAN BERSELAWAT & BEREHAT
Kalau nurse tak layan sebab busy repair luka, selawat banyak-banyak atau layan mengantuk dan keletihan. Tidur.
4.SABAR
Semasa JAHIT episiotomi, anda tak boleh bergerak sebab kita bimbang jika jarum tertusuk kat tempat lain selain tercucuk jari nurse tersebut. Bila anda tak beri kerjasama, maka proses menjahit akan menjadi lebih panjang.
Jahit episiotomi bukanlah satu proses jahit sembat, jahit tulang belut dan lain-lain kerana jahit luka perlukan konsentrasi dan ketelitian.
Setiap pasangan suami isteri, masing-masing mengharapkan kelahiran cahaya mata yang normal dan sihat. Siapa sahaja yang tidak mahu memiliki bayi yang cukup sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau komplikasi. Namun, tidak semua berpeluang memiliki kelahiran seperti yang disangka. Ada pasangan yang mungkin ditakdirkan akan memiliki bayi dengan kelahiran pramatang.
Bagaimana anda boleh bertindak dalam menjaga bayi pramatang? Adakah ia sukar dan anda fikir anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menjaga bayi pramatang? Jangan risau. Sekiranya anda tahu langkah yang betul dan bersedia, ia bukanlah satu perkara yang sukar. Ia hanya perlu diberi perhatian dalam satu tempoh masa tertentu untuk memelihara kesejahteraan tubuh bayi tersebut sahaja. Ikuti perkara-perkara yang perlu anda tahu seperti berikut jika memiliki bayi pramatang.
Ciri-ciri bayi pramatang
Sekiranya anda memiliki bayi pramatang, dia mungkin tidak kelihatan atau berkelakuan seperti bayi yang lain. Sekiranya purata bayi lain mempunyai berat sekitar 3.17 kg, bayi pramatang mungkin mempunyai berat sekitar 2.26 kg atau mungkin juga kurang daripada itu.
Saiz tubuhnya juga adalah lebih kecil. Memandangkan jumlah lemak yang dimilikinya juga adalah sangat sedikit, kulitnya juga mungkin kelihatan agak nipis sehingga boleh menampakkan salur dan pembuluh darah.
1#. Bekerjasama dengan unit penjagaan rapi neonatal (NICU)
Pada kebiasaannya, bayi pramatang akan dimasukkan ke unit penjagaan rapi neonatal (NICU) agar penjagaan terbaik dapat diberikan kepadanya. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mempelajari segala kemahiran yang diperlukan apabila tiba masanya untuk anda membawa pulang bayi ke rumah. Perhatikan bagaimana doktor dan jururawat melakukan setiap perkara, dan bertanya kepada mereka sekiranya terdapat sebarang persoalan.
2#. Penyesuaian makanan untuk bayi
Semasa di NICU, anda akan menentukan sekiranya bayi anda disusukan dengan susu ibu atau susu formula. Susu ibu semestinya pilihan terbaik untuk setiap bayi. Walau bagaimanapun, susu ibu perlu diperkayakan dengan protein, vitamin, dan mineral tambahan untuk memenuhi keperluan nutrisi yang tinggi oleh bayi pramatang. Ia biasa akan dicampurkan dengan human milk fortifier, sejenis produk nutrisi yang berfungsi menggalakkan tumbesaran sihat untuk bayi pramatang.
3#. Ikuti isyarat dan peraturan pemakanan
Di hospital, bayi pramatang biasanya akan belajar untuk menghisap, menelan dan bernafas untuk makan secara selamat. Di hospital, bayi pramatang akan diberikan susu sebanyak 5 ml dalam setiap 3 jam. Sekiranya bayi sudah mula boleh disusukan secara penyusuan badan atau susu botol, bayi tersebut akan mula dibenarkan pulang ke rumah bersama anda. Di rumah, perhatikan isyarat bayi anda. Anda mungkin perlu mengubah waktu dan kuantiti susu yang ingin diberikan memandangkan perut bayi anda sudah mula membesar.
4#. Pastikan persekitaran dalam keadaan bersih
Bayi pramatang anda mungkin memiliki sistem imun yang agak lemah. Sila ambil langkah berjaga-jaga berkenaan kebersihan persekitaran rumah anda agar kesihatan bayi anda kekal terjaga. Pastikan mereka yang datang berziarah mencuci tangan mereka terlebih dahulu dengan sabun dan air suam bersih sebelum mereka memangku bayi anda, dan begitu juga diri anda. Pastikan tahap kebersihan ini kekal terjaga dalam semua aspek termsuklah semasa penyediaan susu bayi.
5#. Kekal selesa dan elakkan suhu yang dingin
Jika rumah anda berada dalam keadaan yang dingin, pakaikan bayi anda dengan pakaian yang boleh mengekalkan suhu badannya. Bayi tidak cukup bulan memiliki jumlah lemak badan yang sedikit, oleh itu pakaian yang sesuai amat diperlukan agar bayi anda tidak kesejukan. Pastikan juga pakaian tersebut selesa, bukannya cantik luaran semata-mata.
Menjaga bayi pramatang menjadikan anda sebahagian daripada golongan ibu bapa yang sangat prihatin dan amat berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, terutamanya jika ia berkaitan dengan bayi anda. Jangan risau, pasukan kesihatan ibu dan bayi di hospital akan sentiasa membantu anda menjaga bayi anda, dan tidak akan meninggalkan anda keseorangan. Dapatkan nasihat daripada mereka dan sentiasa merujuk kembali kepada mereka sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang timbul.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.