Keibubapaan

“Kecik-Kecik Je Susah Sikit, Bila Besar Ada Kawan” Abby Abadi Korban Bahagia Demi Anak-Anak!

Share

Bukan mudah menelan semua kepahitan, lebih-lebih lagi selepas kehancuran rumah tangga yang dibina. Namun bagi Abby Abadi, demi memastikan anak-anaknya tidak terkurang kasih sayang selepas perceraiannya dengan bekas suaminya, Norman Hakim, dia rela mengenepikan bahagianya.

Bersempena sambutan hari lahir anak sulungnya, Danish Hakim, Abby berkongsi cerita kisahnya yang memilih untuk terus membahagiakan tiga anaknya bersama Norman. Semuanya kerana tidak mahu kasih sayang seorang ayah dipinggirkan.

“Alhamdulllillah untuk 19 tahun ini. Sajalah nak share, ada satu cerita ni..sebab tiba-tiba teringat. Buleh ya share? Rilek-rilek je. Baca dengan tenang hehe.

“Bila melihat kasih sayang Papanya dengan anak 3 ini, teringat waktu mula-mula berpisah dulu. Saya laku keras juga lepas tu haha. Orang itu nak, orang ni nak.

“Orang kaya ajak kahwin, macam-macamlah. Antara yang tak buleh lupa, ada orang kita yang dah kaya raya duduk di Dubai nak berkenalan/ajak kahwin. Anak saudaranya rekemen🤭.

“Saya tak nak sebab tak taste dengan orang berusia tapi bayangkan kalau jadi dulu. Jadi orang kaya Dubai dan anak 3 ni & tak jumpa dah dengan Papanya ni. Nasib Mamanya tak gila harta..haha,” tulisnya berkongsi.

Apapun kata Abby dia akur dengan perancangan terbaik dari Allah untuknya dan anak-anak. Malah turut berkongsi anak-anaknya paling beruntung kerana dikurniakan kasih sayang dari suaminya dan Memey yang turut sama menjadi pelengkap bahagia mereka bersama.

Dalam pada itu, Abby turut berkongsi kesusahan membesarkan anak hanyalah bersifat sementara iaitu hanya ketika masih kecil.

Kelak bila anak-anak membesar, mereka peneman kita kata Abby berkongsi.

“Apapun, perancangan ALLAH itulah yang terbaik. Bersyukur ALLAH masih panjangkan umur kami lagi untuk melihat anak-anak ini membesar.

“Bahagia mereka ada Mama, Abah, Papa, Mummy. Sedikit pesanan dari saya, apapun keadaan, anak-anak yang ada jaga sebaiknya.

“Kecik-kecik je susah sikit. Dah besar-besar nanti kurang-kurang ada kawan. Didik ikut acuan AL QURAN, ikut ajaran ISLAM, InshaALLAH, ALLAH bantu permudahkan.

Ps: ALLAH uji sebab sayang. Jalan terus! Pasti ada hikmah disebaliknya,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu perkongsian Abby di laman Instagramnya itu turut menerima pujian malah wargamaya menyifatkan Abby sebagai ibu yang terbaik, demi melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

Menarik: Sebak Gembira Ragam 5 Anak Selebriti Ke Sekolah, Semua Comel-Comel Belaka!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM