Biasanya anak-anak kecil, tarikan utamanya adalah permainan. Pergi mana-mana sekalipun, nampak ada mainan, pasti rambang mata. Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan mengambil keputusan untuk membeli barang kemas menggunakan duit raya sendiri.
Jelas nampak kematangan anak kecil ini. Jika beli mainan, cepat rosak kan? Sekurang-kurangnya ia menjadi pelaburan masa depan dan jika terdesak bolehlah digunakan. Tidaklah membazir begitu saja.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, Puan Diyana Razip menyatakan anaknya lebih memilih untuk membeli barangan kemas berbanding permainan.
@diyanarazip2Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni 😅
Dalam video tersebut, kelihatan si anak sambil makan muruku, menghulur beberapa keping wang ringgit kepada pekerja kedai barangan kemas itu.
“Duit raya beli emas. Kecil-kecil dah pandai nak beli emas budak ni,” jelas ibunya di ruangan kapsyen.
Perkongsian video tersebut mendapat respon positif dan rata-rata memuji tindakan anak kecil itu kerana membuat pilihan bijak dan barangan kemas satu aset pelaburan yang tak rugi jika membelinya sekarang.
@Yatie Aieyya: kita pun sama…dari ank umur 1 tahun. 30% duit raya kita bagi dia orang merepek! 70% lagi kita beli emas untuk dia orang. Sekarang dah 13 tahun umur anak. lengkap semua.
@Ai.IntelligentReal: My daughter punya duit since lahir orang sedekah sekali duit raya memang sentiasa belikan emas.
@lia: Bagus dia pandai guna duit dia..terbaik lah dik dari beli mainan baik adik beli emas.
Kredit: TikTok Diyana Razip
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi. Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)