Rakyat Malaysia masih bersedih dengan tradegi helikopter bertembung dan terhempas yang berlaku di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, semalam. Insiden yang melibatkan dua buah helikopter itu telah mengorbankan 10 nyawa yang terdiri daripada 7 anggota lelaki dan 3 anggota wanita.
Salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna yang berasal dari Sarawak. Memetik artikel di portal mStar, beliau telah memuatnaik foto bersama dua orang anak kecilnya di Facebook pada 18 Mac yang lalu.
Menerusi hantaran itu, Joanna dilihat sangat bahagia dan tersenyum manis sambil diapit kedua-dua orang anaknya.
Baca Juga:
“Tak Sangka Pagi Tadi Kali Terakhir Abang Call Mak Ayah..” – Adik Mangsa Nahas Helikopter Terhempas
Semangat Kuat! Ibu Meninggal Dunia, Bayi Lahir Secara C-zer Pada Usia Kandungan 30 Minggu
“Aku Benci Raya Kali Ni.” Diasak Soalan Tak Sensitif Tentang Anak, Hati Wanita Ini Sedih & Terguris
Setakat lewat petang semalam, lebih 300 komen netizen membanjiri hantaran berkenaan yang rata-ratanya simpati akan nasib anak-anak mendiang.
“Berat sekali ujian Tuhan buat Joanna. Kasihan tengok anak-anaknya yang masih kecil.
“Kenangan terakhir seolah-olah memberi hint yang kita tidak sedar.
“Salam takziah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan seterusnya.
“Kecil-kecil lagi anak dia. Jangan sedih ya. Berbanggalah mak korang meninggal masa bertugas.
“Kamu pasti bangga satu hari kelak. Ibumu seorang wirawati kebanggaan TLDM.
“Ibu kamu seorang yang hebat. Semoga membesar dengan sihat,” tulis netizen.
Berdasarkan foto yang dikongsi, Joanna mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Adik-adik Joanna turut berkongsi pesanan terakhir mendiang kakak mereka supaya menjaga nenek mereka, belajar rajin-rajin dan jaga makan. Tambah adik Joanna lagi, walaupun jarang pulang ke kampung kerana sibuk bekerja namun jika ada kesempatan dia akan menziarah serta memasak untuk mereka. Antara masakan Joanna yang menjadi kegemaran mereka adalah nasi lemak.
Takziah buat seluruh keluarga mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna. Semoga mereka terus tabah menjalani ujian berat ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI