Terus menjadi kesukaan ramai, si comel Bunga Elhaq, cahaya mata pelakon cantik Elisya Sandha ini bakal mencecah usia sembilan bulan.
Makin menginjak usia, makin bijak dan semakin bertambah comel buat Bunga sentiasa mencuri perhatian semua.
Bunga yang sering muncul dalam video nendanya, Sheila Rusly serta ibunya terus membuatkan wargamaya cair. Mana tidaknya, ada sahaja aksi manja dengan rautnya yang lembut menghiburkan semua.
Terbaru, aksi comel Bunga yang mengenakan baju kelawar sememangnya cukup comel. Tambah pula aksi comel Bunga yang ketawa ketika diagah ibunya.
Bukan hanya mudah terhibur bahkan senyuman Bunga Elhaq buat sesiapa yang melihatnya memuji kecomelannya.
“Nyawa ❤️ senyum dan tawanya teramat bermakna buat saya. Terima kasih @bungaelhaq for filling my sky with bright colours and bringing me endless joy and love.
Ads
“Bunga, penyebab untuk mommy terus kuat dan melangkah lebih jauh,” luahnya.
Menerusi video yang dikongsikan Elisya, Bunga dilihat semakin membesar malah dengan gayanya yang mengenakan baju kelawar berwarna biru itu membuatkannya semakin comel.
Apatah lagi kala mengukir senyuman dan ketawa ketika diagah ibunya. Memang comel.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan bunga dari hari ke hari yang memang semakin comel. Ditambah pula kini sudah mula tumbuh gigi. Semakin bertambah comel.
Terdahulu, Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy, cahaya mata pertama Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy, merupakan cucu sulung kepada pasangan penerbit terkenal di malaysia iaitu Sheila Rusly dan Jinggo.
Ads
Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq.
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri. Kita bukan Superhero!
Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Berikut dikongsikan tips ini untuk panduan bersama
TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsif, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun professional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat kepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menajdi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempura untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah yang sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Berminat untuk tahu lebih banyak tips, jom dapatkan buku PSIKOLOGI SI KECIL sebagai panduan setiap keluarga dalam memahami psikologi anak-anak.
Dapatkan di link berikut: bit.ly/Psikologi_Si_Kecil
#psikologisikecil
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan anak ujian besar bagi sebuah keluarga. Apatah lagi pemergiaan berlaku secara mengejut. Anak yang disangka sudah keluar dalam kenderaan rupanya terperangkap dalam kereta hingga maut kerana strok haba.
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan menemui ajal selepas tertinggal di dalam sebuah kereta pada 22 Julai lalu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan lebih kurang dua jam oleh datuknya dalam kereta di luar pagar hadapan rumah mereka di Taman Sungai Raya, Jalan Air Hangat, Kuah, Langkawi.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa telah mengikuti datuknya berumur 73 tahun untuk mengambil kakak dan abangnya pulang dari sekolah dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
“Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai telah tertidur.
“Setelah sampai ke rumah, datuknya terus masuk ke dalam rumah dan beranggapan mangsa telah keluar dari kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Zainuddin, lebih kurang dua jam kemudia ibu kanak-kanak berkenaan yang bangun dari tidur menyedari bahawa mangsa tiada bersama dengan kakak serta abangnya di dalam rumah dan terus mencari mangsa.
“Ibu mangsa dan datuknya pergi ke kereta dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di bahagian tempat duduk belakang dan sudah tidak sedarkan diri.
“Ketika kejadian, kesemua tingkap dan pintu kereta bertutup rapat, mangsa yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas seterusnya dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia,” katanya.
Zainuddin berkata, laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa belum diperoleh, namun laporan awal diterima menunjukkan punca kematian berkemungkinan strok haba.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Zainuddin berkata, kes masih dalam siasatan pihak polis dan ibu bapa dinasihatkan lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Jika siasatan dijalankan mendapati wujud kecuaian, tindakan pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga berkenaan akan diambil,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inginkan anak yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat? Caranya mudah sahaja kurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka. Zaman sekarang kalau tak ada gajet tak tengok tv boleh jadi katak bawah tempurung. Tapi terlalu sangat didedahkan dengan alat-alat elektronik pun tak bagus juga untuk kesihatan mereka. Ketahui tip untuk anda kurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet, siapa tahu dapat membantu:
1. Libatkan anak anda dalam aktiviti seperti membuat kerja rumah, sediakan makan malam atau sebagainya. Anak anda boleh membantu suami membasuh kereta atau tolong ibu bacakan resipi untuk hidangan makan malam nanti.
2. Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka punya masa lapang. Contohnya siapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf. Ia dapat membantu mereka untuk serlahkan bakat sekaligus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.
3. Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja tentu menggembirakan mereka. Bermain bola di luar rumah atau badminton juga pasti buat mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
4. Anda juga perlu kurangkan penggunaan gajet. luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya tumpukan perhatian terhadap facebook, instagram, twitter dan blog sahaja. anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka rasa lebih dihargai.
5. Tanya anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada. Ke taman di waktu petang atau bermain layang-layang tentu mengujakan mereka.
6. Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial. Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.
7. Pastikan anda punya masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau pelajari bahasa baru bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu. Pasti menyeronokkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!