Kanak-kanak boleh lemas di dalam air walaupun kedalamannya hanya 1 inci atau kurang daripada 2.5 sentimeter. Ibu bapa kena tahu hal ini!
Menurut perkongsian Dr Kamarul, ada beberapa perkara kita perlu pastikan untuk elak risiko anak lemas di dalam bilik air, antaranya:
1. Elak Tinggal Anak Mandi Sendirian
Jangan tinggalkan anak mandi sendirian di dalam besen, baldi, tab mandi atau kolam berisi air walaupun untuk seketika. Jika keluar dari bilik air, bawa anak sekali.
2. Terdapat Risiko Tergelincir
Selain lemas, kanak-kanak yang bermain di bilik air sendirian mudah tergelincir dan tersungkur kerana permukaan lantai licin. Terutamanya pada yang baru belajar berjalan.
3. Simpan Bekas Takungan Air
Kosongkan dan simpan bekas takungan air di tempat yang sesuai selepas menggunakannya supaya anak tidak ambil dan mengisikannya dengan air tanpa pengawasan.
4. Tutup Bekas Takungan Air
Ada bilik air mempunyai binaan takungan air yang kekal seperti kolah. Jika tidak boleh kosongkan, maka tutuplah ia. Mangkuk tandas jenis duduk pun elok ditutup.
5. Tutup Pintu Bilik Air
Jika tak boleh kosongkan, dan tak boleh tutup bekas takung air. Maka tutuplah pintu bilik air jika tiada sesiapa menggunakannya. Ini untuk elak anak masuk tanpa kita sedar.
Semoga bermanfaat! Nanti kita belajar sikit tentang CPR untuk bayi pula, ya?
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan