“Kedua-dua Ibu & Bayi Sihat Walafiat,” Isteri Datuk Azizulhasni Awang Selamat Lahirkan Anak Ketiga. Tahniah!

Share

Tahniah kepada Pelumba Basikal Negara, Datuk Azizulhasni Awang & juga isteri, Datin Athiah Illyana Abd Samat yang telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka semalam.

Dalam hantarannya melalui akaun Instagram, Azizul memanjatkan rasa syukur dan menyatakan bahawa isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik.

Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

14 Rejab 1443H
15 February 2022

Alhamdulillah syukur.

Isteri saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami pada awal siang tadi. Kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang terbaik.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.

“ Bukan Mudah Alahan & Suami Tiada Di Sisi” Isteri Datuk Azizul Berterima Kasih Pada Banyak Membantu

Alhamdullilah, Tahniah Datuk & Datin

Di ruangan komen, rata-rata rakan dan juga peminat mengucapkan tahniah kepada kelahiran baru mereka itu.

Terdahulu Pelumba Basikal Negara ini turut membuat hantaran pada 30 Jan 2022 sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 12 tahun.

Dalam posting tersebut, Azizul mengucapkan ucapan ulangtahun buat isteri tersayang dan memohon agar Allah merahmati perkahwinan yang terbina hingga ke Jannah.

Azizulhasni Awang Kongsi Tip Ajar Anak Kuasai Bahasa, Memang Mencabar Tapi ‘Practice Makes Perfect’

30 January 2010 – aku terima nikahnya.
.
12 years ago today and my love for you grows more and more as time goes on. Happy anniversary to the most amazing wife ever 
@tyailyana . May Allah bless our marriage till jannah Insyaallah. Love you sayang

 

Tahniah kepada pasangan ini dan semoga dengan kelahiran bayi ini akan menambahkan lagi kegembiraan dan keharmonian rumah tangga mereka.

Kredit: Instagram Azizulhasni Awang

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SAHR