Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dilalui oleh adik Sofea apabila disahkan mempunyai kanser saraf hingga menyebabkan kedua-dua matanya rosak.
Perkongsian ini dikongsi oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ yang terut memohon jika ada pakar yang boleh membantu merawat penyakit adik Sofea ini.
Allahu Akbar.. petang yang sarat dengan deraian air mata.😢 Ziarah Anakanda Tuan Nur Afina Sofea yang telah buta kedua mata kerana kanser saraf.
L
Mama sofea cerita bahawa akhir-akhir ni Sofea kerap bagitahu nak jumpa ustazah, yang dimaksudkannya ialah saya..😢 Sebab itu bila saya masuk sahaja ke rumah ini tadi semua berkata, “akhirnya Sofea dapat jumpa ustazah, ustazah dah datang ni..” tapi sofea sudah tak boleh melihat ustazah lagi, kedua matanya telah buta, bulan lepas masih boleh melihat lagi. 😣
Sebaik tiba di Besut, en.Suami ajak ziarah anak jiran sebelah rumah mertua, saya tak tahu siapa. Sebaik melihat anakanda sofia, lidah terus jadi kelu dan air mata tidak dapat dibendung.
Lalu si Ibu mula bercerita, ia bermula pada hujung tahun 2020, ketika itu umur sofia 6 tahun, dan kini umurnya sudah 9 tahun. Sudah 3 tahun Sofia diuji kanser saraf yang menunggu saat pergi, tiada lagi ubat atau rawatan untuk tahap dan kanser jenis ini.
Sofia tak berhenti mengesat matanya, rupanya itu yang terjadi bila dia menangis tapi air mata tidak boleh keluar lagi, lalu matanya menjadi pedih.
Daripada tampalan penutup mata yang terselak, saya boleh lihat kedua mata putih Sofia telahpun tersembul keluar, kelopak mata tak boleh menutupi lagi. Sebab itu ditutup dengan kapas kerana pedih bila terkena udara.
Saya tarik nafas dalam dan mula berbicara, “sofia..insyaAllah sofia akan sembuh dan boleh melihat semula, kita semua mendoakan buat sofia, insyaAllah jika Allah ingin berikan kesembuhan Allah Maha Berkuasa..”
Sofia angguk-angguk sambil menyebut InsyaAllah.
Saya sambung lagi, ”Sofia bakal Ahli Syurga, Sofia tak ada dosa, Sofia masih kecil baru 9 tahun, Sofia telah diuji sakit begini, setiap hari Allah bersihkan sofia, sofia insyaAllah dijamin Syurga, bahkan ketika di Alam Barzakh lagi dah dapat nikmat Taman Syurga..”
Sofia mencelah dan berkata,
“Ustazah, Sofia ada dosa.. sofia dosa dengan Mama, sebab bila sofia tak nampak ni kadang-kadang sofia ada marah Mama bila lambat.. Sofia boleh ke masuk Syurga ?, kalau
Mama maafkan Sofia.. Sofia bolehlah kan masuk Syurga”
Allahu Akbar… saat ni semua yang ada di ruangan ini menangis.. saya dah hilang suara menahan esakan.
Mulianya hati mu duhai anak. Terlalu mulia. Saya cuba menyusun kata,
“Sofia, antara kita semua disini, sofia paling baik, paling mulia, sofia yang Allah pilih untuk ujian yang sangat berat ini, sebab Allah tahu Sofia kuat”
“Mama sofia dan kita semua faham bila sofia marah-marah sikit, sebab sofia sedang menahan sakit, sofia tak boleh berjalan dan tak boleh melihat.. jadi sofia terpaksa bergantung pada semua orang. Sofia rasa gelap dan takut..”
“Semua orang faham dan kami semua menumpang sofia sekarang ni, mama, ustazah dan kami semua harap dapat masuk Syurga sama Sofia.. Sofia nanti cari dan tarik kami sama-sama masuk Syurga ya…😭”
Mama Sofia pun mencelah teresak, “Mama selalu maafkan Sofia, sofia tak ada salah apa pun..”
Sofia angguk-angguk dan cuba untuk senyum, tapi memang Sofia tidak dapat untuk senyum lagi, kerana kedua pipi sudah menengang, sofia asyik mengulang.. InsyaAllah Ustazah..🌷
Mama Sofia sambung bercerita, “ustazah, ketika di ward ada 6 kanak-kanak yang sama dengan sofia, semua dah pergi kecuali dua orang termasuk sofia, dan Dr. sebenarnya jangkakan sofia hanya ada masa dua bulan selepas chemo terakhir, tapi sekarang dah lebih setahun, sofia ni sangat kuat dan matang, bahkan lebih matang daripada kakaknya..”
Ada jiran yang menambah, “ustazah, sofia ni kanak-kanak yang cergas, bijak dan ramah”.
Bapa mertua saya pun bercerita, jika bertemu sahaja di tengah jalan atau nampak dari jauh, sofia akan memanggil-manggil “Pak Long…Pak Long”, walau masih kecil tapi berani menegur orang tua.
Ketika kami berbual, anak saya fatimah pegang-pegang jari Sofia, lalu sofia bertanya,
“Mama, Sofia sedang main dengan siapa ni ?”
Sofia anak bongsu, jadi bila ada jari kecil fatimah sedang main-main dengannya dia tertanya-tanya. Saya terus jelaskan, “Fatimah ni sofia, anak ustazah paling kecik, umurnya 4 tahun”
Saya minta fatimah peluk dan salam sofia, dan ketika itu Sofia berkata pada Mamanya, “Mama tolong bagi pada adik biskut tu Mama”. Lalu Mamanya buka satu bekas yang didalamnya berisi pelbagai jenis biskut dalam pack.
Ya Allah, sungguh matang dan pandai menyantuni semua, cerdik !
Saya sungguh jatuh hati jatuh sayang pada ampunya badan Anakanda Tuan Nur Afrina Sofia. Saya mohon sahabat semua, doakan anak ini 🙏😢
Saya juga mohon jika ada Dr. yang membaca nukilan ini, atau kenalan lalu sampaikan. Adakah benar barah peringkat adik Sofia ni dah tak ada peluang sembuh ?, maksudnya memang hanya menghitung hari ?.
Pada awal tahun 2020, rupanya sofia yang berdiri sebelah dan saya siap memeluknya, dalam gambar tu saya duduk atas satu kerusi, sebab tu semua anak-anak jadi nampak sama tinggi.
Ustazah masih ingat, waktu ni sofia umur 6 tahun, sofia lah yang berani menegur ustazah, ustazah Asma’, ustazah dalam telefon.. sebab tu ustazah keluar daripada kereta, ajak semua bergambar dan berikan RM 5 sorang. Rupanya Sofia selalu ingat momen tu, dan sebut-sebut, ustazah baik, ustazah bagi 5 ringgit, begitulah cerita Mama Sofia tadi.
Kecil bagi kita, rupanya besar maknanya buat anak kecil. 😢, lagi bila anak orang susah.
Sedikit maklumat tentang penyakit Safiya ;
Neuroblastoma merupakan salah satu ketumbuhan kanser yang sukar dikesan pada peringkat awal (tahap I-II). Pesakit tidak menunjukkan simpton-simpton awal walaupun kanser tersebut telah tumbuh dan membiak pada sesuatu bahagian badan.
Semoga kita terus boleh bersyukur dengan segala Nikmat dan UjianNya. Kita semua diuji, namun bila melihat Ujian Anakanda Sofia ni..terus rasa malu dengan Allah.. betapa diri ini tidak bersyukur. 😔
Kredit: Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!