Jika tercari-cari menu pencuci mulut dengan kombinasi yang sempurna antara kelembutan tekstur dan keenakan rasa serta dipenuhi dengan warna warni buah-buahan segar yang memikat selera, Puding Buah Kuah Kastard adalah pilihan terbaik untuk disajikan kepada keluarga tercinta.
Rasanya yang manis dan segar sekaligus memberikan sensasi yang memuaskan di setiap suapan!
Jika tidak percaya, cuba lihat resipi Puding Buah Kuah Kastard yang dikongsikan oleh Mr Ali ini, melihatnya sahaja sudah mampu membuatkan kita berasa teruja untuk menikmatinya. Nampak cukup menyelerakan.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu yang istimewa ini untuk keluarga tercinta.
Puding Buah Kuah Kastard by Mr.Ali
Bahan – bahan :
Bahagian Puding
– 5g serbuk agar agar
– 4 cawan air (1 liter air)
-1/2 cawan gula (100g)
– Bancuh 3 sudu makan tepung kastard ( tak perlu membukit) + sedikit air sejuk
– 1 tin susu cair
Ads
– sedikit garam dan sedikit essen vanila
– 1 biji telur yang sudah disebatikan
Bahagian Kuah Kastard
– 2 cawan air (500ml)
– 5 sudu makan gula
– 2 sudu makan tepung kastard bancuh dengan sedikit air sejuk
– sedikit garam
– 1 cawan susu cair (250 ml)
Ads
– 1 cawan dairy whipping cream (200ml)
Kalau takde pakai susu full cream. Sukatan sama
Cara – Cara
Bahagian Puding:
– masukan semua bahan dan kacau hingga mendidih dan matikan api
– tunggu adunan sejuk dulu baru masuk dalam bekas.
– sejukkan selama 1 jam di dalam peti
Ads
Bahagian Kuah Kastard :
– masukan semua bahan
– kacau hingga mendidih dan matikan api
– tunggu kuah sejuk dulu baru pindah dalam bekas lain dan sejukkan dalam peti
Hias puding dengan buah buahan yang anda suka dan masukkan kuah kastard bila nak makan sahaja. Jangan tuang semua siap-siap . Nak makan baru tuang.
Ekstra info : Ketahanan : 2 -3 hari di dalam chiller / peti
Selamat Mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Telur sememangnya perlu dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan dalam masakan. Ini penting untuk mencuci segala kotoran yang melekat pada permukaan kulit telur.
Namun untuk menyimpan telur di dalam peti ais perlukan dicuci terlebih dahulu? Atau biarkan sahaja kotoran pada telur memudaratkan makanan lain dalam peti sejuk?
Menurut penjelasan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat dua pendapat mengenai hal ini. Namun ada cara yang lebih tepat untuk menyimpan telur dengan cara yang selamat. Ikuti perkongsian beliau.
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
1. JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
2. BASUH SEBELUM SIMPAN Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk. Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah. Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL? Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah berdepan situasi di mana si kecil tidak mahu makan nasi, betul tak? Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan karbohidrat yang boleh diberikan.
Makanan karbohidrat
Karbohidrat atau singkatannya karbo adalah sumber tenaga utama tubuh. Ia boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan:
Ringkas – Mudah dicerna tubuh dan sering dijumpai dalam kek, biskut dan makanan lain dengan gula halus. Terdapat juga dalam buah-buahan dan produk tenusu
Kompleks – Terdapat dalam bijirin dan sayuran berkanji serta memerlukan lebih masa untuk dicernakan. Boleh ditemui dalam pelbagai jenis roti dan bijirin gandum penuh
Kanak-kanak memerlukan makanan karbo kerana:
Digunakan tubuh sebagai sumber tenaga
Karbohidrat akan dipecahkan tubuh kepada gula ringkas yang kemudiannya beredar dalam aliran darah dan digunakan sel-sel badan untuk tenaga.
Kanak-kanak sangat aktif – sentiasa bergerak, bercakap dan belajar – mereka memerlukan banyak tenaga untuk menyemarakkan hari mereka.
Mengawal pengambilan karbohidrat dalam pemakanan kanak-kanak boleh mengehadkan jumlah tenaga mereka pada siang hari dan membuatkan mereka berasa letih.
Kanak-kanak juga dalam proses tumbesaran dan tubuh perlu bekerja keras untuk menjadikan mereka lebih kuat – ini juga memerlukan tenaga.
Untuk merangsang otak
Otak menggunakan glukosa – salah satu gula ringkas, sebagai sumber tenaga utamanya. Kanak-kanak memerlukan karbohidrat untuk kekal berjaga dan memastikan otak berfungsi dengan baik.
Ia penting untuk semua kanak-kanak, khususnya yang bersekolah sepanjang hari dan perlu menumpukan perhatian untuk jangka masa lama.
Mengehadkan pengambilan karbohidrat ringkas dan gula halus amat digalakkan, cuma anda tidak seharusnya mengurangkan jenis makanan karbohidrat lain daripada diet anak sepenuhnya.
Sebaiknya pelbagaikan variasi makanan dan cuba untuk masukkan karbohidrat kompleks.
Jenis makanan karbohidrat
Banyak makanan mempunyai karbohidrat, namun dalam aspek pemakanan kanak-kanak adalah penting untuk memilih karbo yang turut mengandungi nutrien lain.
Ini untuk memastikan tubuh tidak hanya dibekalkan dengan gula tetapi bersama nutrien lain yang turut diperlukan untuk berfungsi.
Bijian, roti & bijirin
Apabila memilih karbohidrat dalam bentuk roti, sebaiknya pilihlah yang tinggi kandungan serat dan rendah GI kerana ia memberikan lebih nutrisi dan membuatkan anak kenyang untuk tempoh lebih lama.
Sayur-sayuran
Sayuran berkanji seperti kentang, jagung, ubi keledek dan labu semuanya mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan kaya nutrien seperti vitamin dan mineral lain serta sumber serat yang baik.
Legum / kacang
Kekacang adalah sumber protein, vitamin B, zat besi dan folat yang baik. Ia rendah GI dan menjadikan anak kenyang lebih lama. Contoh pilihan termasuklah kacang pis dan lentil.
Buah-buahan
Semua buah mengandungi karbohidrat – dalam bentuk fruktosa dan glukosa.
Pengambilan buah dalam diet pemakanan kanak-kanak, bukan sahaja memberikan tubuh mereka karbohidrat tetapi juga manfaat lain seperti vitamin, mineral dan serat.
Tenusu, antara makanan karbohidrat
Kandungan karbohidrat dalam produk tenusu dikenali sebagai laktosa. Ia kaya nutrien yang menyumbang sejumlah kalsium dan protein kepada tubuh.
Makanan tambahan (sekali-sekala)
Kek, pastri, pai, donut, kerepek, gula-gula dan semua minuman manis mengandungi karbohidrat.
Namun ia adalah makanan tidak berkhasiat kerana tidak memberikan manfaat pemakanan serta tinggi tenaga (kilojoule), lemak, gula dan natrium.
#Indeks glisemik (GI)
GI ialah ukuran kadar paras gula dalam darah yang meningkat selepas pengambilan makanan tertentu. Ia hanya boleh diukur dalam makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pemakanan kanak-kanak: Keperluan serat pemakanan harian
Roti putih, pasta dan nasi semuanya merupakan sumber karbohidrat, tetapi ia adalah halus dan rendah serat makanan.
Sebaiknya, jadikan separuh daripada diet pemakanan kanak-kanak adalah bijirin penuh sebagai pilihan gaya hidup lebih sihat untuk anda sekeluarga.
Terdapat banyak pilihan bijirin penuh lazat termasuklah keropok, roti, pasta, bijirin, beras perang dan tortilla jagung.
Cara lain untuk memasukkan lebih serat makanan adalah dengan memilih buah-buahan sepenuhnya berbanding 100% jus buah, termasuklah sayuran.
Menjadikan makanan karbohidrat sebagai diet harian
Tidak mengapa jika anak agak liat untuk makan nasi kerana terdapat pilihan karbohidrat lain boleh diberikan.
Untuk memastikan pemakanan kanak-kanak sihat dan seimbang, pilihlah karbohidrat yang baik dengan memberikan anak bijirin penuh, buah-buahan, sayuran dan produk tenusu rendah lemak.
Dalam masa yang sama hadkan juga pengambilan makanan yang mengandungi gula tambahan serta galakkan anak untuk aktif setiap hari.
Sebagai ibu bapa juga, anda perlu menunjukkan contoh yang terbaik buat mereka.
Ini kerana apabila anak melihat anda mengamalkan tabiat sihat, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka turut mengikutinya, sekali gus menjamin gaya hidup lebih sihat pada zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menu berpantang tidaklah sesukar mana untuk disediakan. Suami yang mahu berkejar ke tempat kerja pun boleh menyediakan menu ringkas berpantang. Selain daripada ikan bakar dan menu rebus untuk isteri, menu tumisan juga boleh diberikan ketika isteri berpantang.
Resipi Ayam Masak Halia yang disediakan oleh Puan Norashikin Ali ini wajib dicuba. Dalam masa lima minit sahaja sajian untuk ibu berpantang siap disedia. Hidangkan sahaja bersama nasi panas. Memang wow!
Sekarang ni, menu mak berpantang pun dah jadi kegemaran orang yang tak pantang. Lagi-lagi yang tengah on diet tu kan. Bagus makan makanan yang sihat macam ni. Bila masak letak halia ni bau masakan pon wangi je kan. Resepi ni simple sangat. Suami pun boleh masakkan untuk isteri dalam pantang.
Ayam Masak Halia 5 Minit
Ayam bahagian dada dipotong nipis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato cherry
Brokoli
Sedikit lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Gula
Garam
Brokoli ni celur dulu dengan air panas. Agak-agak dah separuh masak toskan dan celur pula dalam air sejuk. Cara ni jadikan sayur segar sampai ke petang.
In shaa Allah.
Okey, jom kita mulakan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
Nampak dah layu, masukkan air.
Kemudian masukkan sos tiram dan lada hitam.
Dah mendidih, masukkan ayam pula. Perasakan dengan gula dan garam.
Kacau-kacau sikit. Last sekali boleh masukkan brokoli dan tomato cherry.
Siap dah! Senang je nak masakkan untuk mak berpantang kan. Sebelum pergi kerja, suami boleh lah masakkan untuk isteri. Terharu tau isteri dalam pantang bila suami sediakan makanan hasil air tangan dia sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.