Makin kerap pula kes-kes sakit kulit berlaku kepada ibu selepas bersalin. Kebiasaannya ibu akan mula mengalami masalah kegatalan melampau diikuti dengan timbulnya bintik-bintik merah yang gatal di kawasan badan, leher, pelipat-pelipat lengan dan kaki.
Dari sudut perubatan moden ia digelar postpartum hives di mana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon ibu selepas bersalin.
Manakala dari sudut perbidanan Melayu pula ianya digelar meroyan kulit yang disebabkan oleh ketidaklawasan darah kotor selepas bersalin (darah nifas) yang meracun sistem dalaman tubuh ibu.
Untuk ibu-ibu yang sedang mengalami masalah kulit sebegini, apa kata cuba petua bidan-bidan lama ni untuk melegakan ketidakselesaan yang dialami.
MANDI AIR REBUSAN HERBA KHAS
Ads
– Bahan-bahan air rebusan terdiri dari daun mambu, kunyit, inai dan sireh. Rebus dan
bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan sejuk suhu bilik. Satu lagi suam panas.
Yang sejuk dipupur basuh kulit kepala muka dan leher. Yang suam dimandikan dari bahu
sampai kaki.
PUPUR BEDAK BERUBAT
– Blender kunyit hidup bersama-sama daun mambu. Dicampur dengan bedak sejuk. Dan
diratakan seperti bedak sejuk ke seluruh tubuh setiap hari selepas mandi.
PANTANG LARANG
Ads
– JANGAN guna lulur
– TAK PERLU berbengkung jika tak selesa
– Makan hanya sayur ulam. Ulam yang boleh dalam pantang ialah ulam raja, pegaga,
tenggek burung, daun selum, pucuk mengkudu dan cekur.
– Untuk ikan pula, pilih SEJENIS sahaja jenis ikan untuk dimakana dalam pantang samada
merah, jenahak atau selar
– Boleh makan DAGING
– ELAKKAN benda berperam seperti kicap dan bahan perasa
– Masak makanan cara rebus dan stim sahaja.
– ELAKKAN masak secara tumis dan bergoreng.
Semoga petua-petua bidan lama ini dapat membantu melegakan kegatalan ibu selepas bersalin.
Selamat berpantang!
Ads
Credit:
Datin Sh Anisah Barakbah, penulis Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Kita rasakan makanan berproses seperti nuget, sosej dan sebagainya mudah sedia malah membantu masa menyiapkan makanan untuk anak. Walhal makanan jenis ini sama sekali tidak berkhasiat untuk anak kita.
Malah kata Dr Zubaidi Hj Ahmad, makanan-makanan berproses seperti sosej misalnya bukanlah daging sebenar dan amatlah tidak sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kita yang sedang membesar.
Bukan hanya tidak ada nutrisi bahkan tinggi kandungan lemak dan garam yang sememangnya tidak bagus untuk anak kecil kita. Elakkan!
AWAS… SOSEJ BUKAN DAGING SEBENAR!
Tahukah anda bahawa kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/bees-talk-pure-honey-value-set-20159518″ style=”flat” background=”#2decef” color=”#ffffff” size=”6″]Bees Talk Pure Honey Set[/su_button]
Sosej merupakan sejenis makanan terproses yang mempunyai ciri-ciri berikut:
* Tinggi kandungan lemak tepu (Lemak Trans meningkatkan risiko kanser) * Tinggi kandungan garam (sodium & MSG) * Boleh meningkatkan tahap kolesterol “jahat” dalam badan * Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus
Ini adalah antara bahaya makanan berproses seperti sosej yang dipercayai boleh meningkatkan risiko kanser.
Menurut Institut Kanser Negara, sebanyak 4 peratus kejadian kanser di Malaysia terdiri daripada golongan kanak-kanak bagi tempoh 2007 hingga 2011.
Malah, sebanyak lebih 53,200 kematian akibat kanser usus dijangka berlaku pada tahun ini di Amerika Syarikat. Ia merupakan kanser kedua paling membunuh di negara itu.
Jadi elakkanlah, lambat macam mana pun elakkan!
Sumber: Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Kanser Negara, Cancer.net
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meconium Aspiration Syndrome merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru. Kerap kali kita mendengar istilah bayi tertelan najis ketika dalam proses kelahiran. Dalam terma perubatan, ia dipanggil Meconium Aspiration Syndrome.
Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri daripada sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Dan selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Dalam kes tertentu, bayi membuang air besar ketika masih di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang megalami fetal distress akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri.
Bayi tertelan mekonium
Apabila mekonium dikeluarkan dan bebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang menyambut kelahiran bayi akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium.
Bayi kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti Persistent Pulmonary Hypertension of Newborn (PPHN).
Siapa berisiko?
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan adalah seperti berikut:
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan 40 minggu menyebabkan uri tidak berfungsi baik. Kandungan yang melewati 40 minggu boleh menyebabkan uri lebih matang. Uri adalah organ yang memberi khasiat dan oksigen kepada janin di dalam rahim. Apabila uri matang, ia tidak dapat memberi oksigen secukupnya kepada janin. Air ketuban juga pada waktu ini juga akan berkurangan dan menyebabkan kandungan mekonium menjadi pekat. Oleh itu Meconium Aspiration Syndrome lebih kerap terjadi kepada kandungan yang lebih hari berbanding dengan bayi pramatang atau cukup bulan.
Jangkitan kuman kepada ibu.
Ibu yang menghidap diabetes semasa hamil.
Ibu yang menghadapi proses kelahiran yang mempunyai komplikasi menyebabkan ia lama atau sukar.
Ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.
Ibu yang merokok dan mengambil dadah.
Impak kepada bayi
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah:
Mekonium boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi tersumbat. Secara tidak langsung paru-paru terlampau berkembang sehingga menyebabkan pneumothorax iaitu keadaan di mana paru-paru bocor.
Meconium Aspiration Syndrome juga boleh menyebabkan tekanan yang tinggi pada saluran darah di paru-paru atau PPHN. Oleh itu bekalan darah ke paru-paru berkurangan menyebabkan bayi sukar bernafas.
Walaupun mekonium itu steril, kehadirannya di dalam saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan/ keradangan paru-paru (pneumonitis).
Di dalam situasi yang jarang berlaku, Meconium Aspiration Syndrome yang teruk boleh menyebabkan kurang bekalan oksigen ke otak bayi.
Langkah pencegahan
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi yang tergolong sebagai berisiko tinggi, anda perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula daripada minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama adan dan suami menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun lampin sudah ditukar dan bayi telah diberikan susu, dia tetap menangis. Sesetengah ibu ayah pasti buntu apakah punca yang menyebabkan si manja menangis tanpa henti. Apabila ditepuk pada bahagian perut, terasa seperti ada angin di dalamnya. Masalah kolik boleh menjadi sebab mengapa bayi menangis kerana mereka merasa tidak selesa pada bahagian perut.
Kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis.Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkanbayi berasa tidak selesa.
Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.Tanda bayi kolik ialah bayi berumur kurang tiga bulan, menangis cara menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.
Waktu tangisan hampir sama setiap hari. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis, perlu banyak bersabar. Kekal tenang apabila bayi anda menangis tanpa henti.
Tahukah anda bahawa, keadaan tersebut berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kelahiran. Kira-kira 40 peratus daripada bayi-bayi di seluruh dunia mengalami situasi ini.
Setelah lahir saluran gastrousus menyesuaikan diri dengan fungsi baharu dalam badan. Keadaan ini mungkin menyebabkan bayi tersebut menghadapi gejala-gejala seperti kembung perut, muntah-muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.
Dukung bayi anda. Dekatkan dengan dada dan peluk dirinya. Bayi akan rasa selamat seakan berada dalam rahim.
Untuk redakan tangisan bayi yang mengalami kolik, mengambil masa anggaran lima hingga 20 minit, namun ia bergantung kepada bayi itu.
Biasanya bayi kolik akan tertidur keletihan dalam dakapan setelah menangis dalam tempoh yang lama.
Bahaya jika membiarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur.
Bila bayi sudah menangis, cuba urut tapak kaki dan tapak tangan. Selain itu, sendawa bayi setiap kali selepas minum susu. Sendawa membantu mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut bayi.
Segera berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan sehingga berhari-hari untuk pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.