Gatal-gatal pada kulit selalu buat rasa tidak selesa. Apatah lagi ketika berbadan dua, rasa rimas tidak terkata. Tapi mama jangan ingat ia biasa-biasa, mesti bertindak dapatkan rawatan segera.

Wanita hamil mengalami perubahan pada diri yang ketara. Tidak hanya kepada perubahan fizikal, tahap kesihatan juga turut tergugat. Ini menyebabkan wanita hamil terdedah kepada pelbagai penyakit kulit. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi mengenai perkara ini.

 “Awak ni dah kenapa Fatemma, nape kulit awak mcm kena cakar hantu ni?”

“Saya gatal teruk masa mengandung, doktor, MasyaAllah teruk sangat gatalnya sampai tak boleh tidur malam. Satu badan gatal, lebih teruk lagi pada kedua-dua belan tapak tangan dan tapak kaki. Macam-macam saya ikthiar, sapu macam macam ubat, tak de plak hilangnya.

“Dah teruk kulit saya ni macam kena cakar harimau sebab dok menggaru. Gatal ya amat. Merenyam. Mengandung sebelum ni ada gak gatal, tapi ni yang paling teruk la. Orang cakap kalau gatal tapak tangan ni duit nak masuk, orang cakap lahh, tu yg saya biarkan dulu, tapi makin lama makin teruk”

Ada beberapa keadaan yang unik dan spesifik kepada mengandung yang menyebabkan kegatalan pada kulit. Ada yang bahaya, ada yang memang sedia ada pada ibu sebelum dia mengandung lagi seperti psoariasis atau eczema, ada yang hanya menjelma bila kandungan dah mencecah trimester 3.

#1: OBSTETRIC CHOLESTASIS

Ada kaitan dengan genetik dan perwarisan, kalau ada famili yg mengalami masalah ini, biasanya anda akan turut mengalami. Bila pernah mengalami, biasanya akan berulang lagi kehamilan berikutnya dalam 45-90%. Didapati tinggi sikit risiko untuk dpt obstetric cholestasis ini dikalangan indian-asian dan pakistani asian

Biasanya pesakit akan mengadu gatal satu badan, lebih lebih lagi pada tapak tangan dan tapak kaki. Take merah-merah atau rash pada kulit melainkan pesakit menggaru-garu secara berlebihan yang boleh nampak sebagai kesan cakar pada kulit. Keadaan obstetric cholestasis ini sendirinya takda menunjukkan kemerahan pada kulit, hanya gatal sahaja, biasanya akan jadi lebih teruk pada waktu malam.

Ada kaitan obstetric cholestasis ini dengan kelahiran pramatang, baby berak dalam kandungan, meningkatnya peluanng untuk kelahiran secaea caesarean, dan baby boleh meninggal secara tiba-tiba.

Ujian darah dilakukan untuk melihat fungsi hati ( liver function test). Jika diagnosis sudah dibuat, LFT akan dipantai setiap minggu sehingga bersalin.

Biasanya cream seperti calamine akan diberikan untuk kurangkan gatal, ubat mengantuk seperti antihistamines diberikan yelah ibu takboleh tidur malam sebab gatal, so ubatan ini dapst membantu

Ada sesetengah kes yang diberikan Ursodeoxycholic jika gatal terlampau teruk dan dapat memberikan kesan yg baik pada bayi.

Ingat, obstetric cholestasis takde merah-merah pada kulit, tapi gatalnya MasyaAllah sehingga takboleh tidur malam. Ujian darah LFT akan diulang semula selepas bersalin untuk proses pemantauan

#2: PEMPHIGOID GESTATIONIS

Pemphigoid gestationis – merah merah tu bercantum dan membentuk blister/gelembung.

Sangat rare dan berbahaya, penyakit ini berkaitan dengan penyakit autoimmune. Mereka dengan keadaan ini perlu dipantau disebabkan ada peluang untuk baby jadi kecik IUGR. Kemerahan kulit yg dinampak adalah kecil-kecil boleh bercantum menjadi besar sehingga ada blister – gelembung pada kulit.

Penyakit-penyakit gatal lain adalah yang tak bahaya, tapi biasa berlaku

#2: ATOPIC ERUPTION/ECZEMA IN PREGNANCY

Atopic/eczema of pregnancy- yang biasa jumpa, tak bahaya pada ibu dan anak. Cuma gatal saja.

Yang ni biasa jumpa. 1 dalam 300 pesakit. Biasanya ada sejarah keluarga eczema. Nampak bintik-bintik merah pada muka, leher, dada dan pada bahagian lengan ( extensor surface )

Tiada apa yg perlu dirisaukan, cream steroid untuk melegakan gatal akan dibekalkan

#4: POLYMORPHIC ERUPTION IN PREGNANCY

 Lastly, satu lagi keadaan yang tak berbahaya tapi boleh menyebabkan rasa gatal, namanya polymorphic eruption in pregnancy. Ni pun boleh tengok gambar kat bawah, untuk bezakan dengan pemphigoid gestationis yg berbahaya tu.

Ni pun sama polymorphic eruption, tengah-tengah pusat tu kosong.

Merah merah juga, tapi uniknya merah tu tak cover atau meliputi pusat. So kat tengah-tengah tu macam kosong. Biasa melanda ibu mengandung sulong, kehamilan kembar. Sama juga, cream steroid akan diberikan untuk mengurangkan gatal. Keadaan ini RARE untuk berulang lagi untuk kehamilan berikutnya

Ni beza antara pemphigoid gestationis (bahaya) dan polymorphic eruption ( yang tak bahaya) . Perhati pada tengah-tengah pusat tu. Yg bahaya bila merah-merah tu tertumpu pada pusat. Yang tak bahaya, tengah-tengah pusat tu kosong, tiada rash.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan

Tinggalkan Komen