Kesihatan

Keguguran Beberapa Bulan Lalu, Zarina Anjoulie Rancang Hamil Lagi, Mahu Buang ‘Filler’ Di Payudara!

Share

Selamat mendirikan rumah tangga pada Julai lalu, pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan mengalami keguguran beberapa bulan lalu.

Khabar duka itu disampaikan Zarina menerusi satu hantaran di instagramnya miliknya. Berkongsi satu video mengenai kesan bahaya suntikan filler pada payudara yang dilakukannya, Zarina turut mendedahkan kehamilan dan keguguran yang dilaluinya.

Pun begitu kata Zarina, dia bersedia dan sedang berusaha untuk hamil lagi.

“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi keguguran. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu.

“Tak ada rezeki, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi,” katanya berkongsi.

Dalam pada itu, Zarina yang lebih mesra di sapa Anju turut mendedahkan kebimbangannya untuk hamil sekali lagi disebabkan ‘filler’ tersebut.

Demi memastikan kandungannya berhasil, Zarina bakal mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula ‘filler’ di bahagian payudaranya selepas berasa sakit dan bengkak pada bahagian tersebut.

“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti,” katanya berkongsi.

Terdahulu, Zarina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eilyas Azhar pada Julai lalu. Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Zarina dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Artikel berkaitan: Berpeluh Peluh Macam Joging Nak Bagi Susu Anak Nadzmi Adhwa Akui Tak Mudah Jaga Anak Tanpa Isteri!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @anjoulielavocah1

Published by
SRM