
Isteri kepada pelawak Abam Bocey kini sedang hamil tiga bulan. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkongsi berita gembira tersebut menerusi mStar Online.
“Saya dah tahu lama tapi kami baru ke klinik untuk buat pemeriksaan.
“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya,” ujarnya.
Sementara itu, Abam turut berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik status ‘kehadiran yang sangat dinanti’ di laman Instagram miliknya.
Berkongsi kegembiraannya itu, Abam turut memuat naik foto buku pink yang menandakan isterinya sudah mula melalui fasa pemeriksaan doktor di klinik.
Peminat Pesan Abam Jaga Isteri Elok-Elok, Jangan Buat Kerja Berat
Rata-rata pengikut Abam turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.
Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Sumber: mstar online & abam Bocey
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bini Bila Mengandung Memang Selalu Mood Swings, Suami Layankan Je

Wanita dan mood swings adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Lapar akan jadi moody, datang bulan pun boleh moody. Masa mengandung lagilah, tahap perubahan mood tu jadi kronik. Moody dia tak boleh buat main-main. Tapi betul ke macam tu?
Tip mengatasi mood swings isteri
Biasanya kalau isteri alami moody pastinya suami pening kepala ‘nak’ melayan, bukan? Apatah lagi kalau isteri tengah pregnant. Pelbagai cara sudah dilakukan tapi masih moody, jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Jangan risau, Hello Doktor ada cara penyelesaiannya.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dicuba. Semoga berjaya.
Tenangkan isteri
Kalau isteri mengalami perubahan emosi; elok-elok bergelak ketawa, tiba-tiba ‘mai’ angin kus-kus dia. Bertenang. Jangan bertanya pelbagai soalan. Sebaiknya sebagai suami, usapkan kepala dan peluklah isteri anda. Kalau isteri menangis, lapkan air mata yang mengalir itu. Selepas emosi isteri sudah bertambah baik, baru bertanyakan apa yang berlaku.
Meminta maaf
Apa yang berlaku apabila anda sedang marah dan tiba-tiba ada individu datang meminta maaf? Rasa sejuk bukan hati itu? Haa…macam itulah juga keadaan si isteri yang mengandung dan mood swings. Anda mungkin tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi demi memperbaiki keadaan, tiada salah pun anda meminta maaf.
Mendengar
Wanita sememangnya insan yang rumit. Adakalanya mereka cuma mahu didengari, apatah lagi dalam keadaan moody. Jadi pinjamkan bahu dan telinga anda. Dengarkanlah segala luahan hati isteri anda. Biarkan dia membebel apa sekalipun, usah menyampuk. Kecuali pandangan dan pendapat anda diperlukan. Pastinya selepas itu emosi akan bertambah baik.
Bergurau
Sebagai suami, anda pastinya dapat mengesan jika berlakunya perubahan emosi pada isteri anda, bukan? Pada ketika emosinya sedang memuncak, sebaiknya jangan ganggu jika anda tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Namun, sebaik sahaja anda perasan emosi isteri semakin baik, cubalah bergurau dengan isteri anda. Ia pastinya dapat membantu menyingkirkan emosi negatif tersebut.
Saling mengingati
Emosi yang negatif sememangnya tidak baik untuk bayi di dalam kandungan. Malah kerap mengalami mood swings juga tidak baik untuk kesihatan ibu. Jadi apabila isteri anda dalam keadaan yang baik, ingatkanlah kepadanya tentang impak moody kepada dirinya dan bayi. Ini sudah tentu boleh membantu mengurangkan berlakunya moody.
Makanan kegemaran
Sukar untuk seseorang individu mengelak apabila dihidangkan makanan kegemaran, bukan? Jadi mungkin cara mengendalikan bini mengandung yang mengalami mood swings adalah dengan menghidangkan makanan kegemarannya. Perut kenyang, hati pun riang.
Berikan ruang
Jika semua cara di atas sudah cuba dilakukan tetapi masih tidak berjaya memujuk atau mengurangkan mood swings si isteri, mungkin cara terbaik adalah untuk memberikan isteri ruang. Biarkan dia melayan perubahan emosinya secara sendirian selagi dia tidak melakukan sebarang perkara yang berbahaya. Jika dia inginkan ‘me-time’ bersama kawan-kawannya, jangan dihalang.
Tenangkan diri
Berdepan dan melayani isteri mengandung yang moody bukanlah satu perkara yang senang. Adakalanya tidak dinafikan ia akan menguji kesabaran anda. Namun jangan pula anda turut sama menjadi moody yer. Lagipun isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda, bukan? Banyakkan bersabar.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Nak Letakkan Harapan Yang Tinggi” -Hamil 5 Bulan, Feeya Iskandar Harap Ada Rezeki Dapat Anak Perempuan!

Sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, kini penyampai radio Feeya Iskandar, 31, atau lebih dikenali sebagai Cik Piah mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Diam tak diam rupanya usia kandungan Feeya sudah pun berusia lima bulan. Katanya menerusi Astro Gempak dan instagram miliknya, dia tidak berniat merahsiakan berita gembira itu daripada umum namun dia lebih selesa untuk berkongsi sekiranya ada yang mengajukan tentang kehamilannya.
“Allah nak bagi rezeki kita terima. Alhamdulillah. Cikpiah baru nak sorok perut sampai 9 bulan” katanya berseloroh.
Dalam pada itu, katanya lagi, ia merupakan waktu yang cukup sesuai untuknya menimang anak ketiga kerana anak keduanya, Aryyan kini sudah pun berusia hampir tiga tahun. Jadi pastinya ia bukan masalah untuknya memperoleh zuriat ketika.
“Sebenarnya saya bukan sorok atau nak rahsiakan, tapi selagi tak ada orang yang bertanya… saya diam saja la.
“Anak kedua saya pun tahun hadapan dah tiga tahun… jadi, rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk anak yang ketiga pula.
“Saya sendiri pun tak merancang untuk hamil tapi anggap Allah berikan rezeki,” katanya berkongsi.
Idam Anak Perempuan
Berkongsi khabar gembira ini, Cik Piah turut mengakui dia menyimpan harapan untuk mendapat anak perempuan pula kali ini. Sudah punya dua orang cahaya mata lelaki, pastinya kelahiran puteri pula yang diharapkan Feeya dan suaminya. Namun kata Feeya, dia enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.
“Sudah tentu harapan saya untuk dapat anak perempuan memandangkan kedua-dua anak saya lelaki. Tapi saya tak nak letakkan harapan yang tinggi dan tak suka nak berharap sangat.
“Bagi saya, tak kisah la jantina lelaki atau perempuan sebab yang paling penting bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat dan tiada masalah.
“Tapi kalau belum ada rezeki saya nak dapat anak perempuan, tak apa la… kita boleh mencuba lagi selepas ini,” katanya lagi.
View this post on InstagramA post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on
Feeya mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015. Hasil ikatan perkahwinan ini, penyampai radio yang cukup disenangi ini kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan, 2.
Tahniah diucapkan pada Cik Piah. Semoga kehamilan ketiga ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terbaring Je Atas Katil, 3 Bulan Alahan Teruk.” Rezeki Mawar Rashid Hamil Anak Ke-3

Rezeki buat Mawar dan suami! Patutlah agak lama diam rupanya pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Berita gembira berkenaan diumumkan pelakon berusia 27 tahun itu menerusi satu video di laman Instagram miliknya.
Lebih istimewa apabila Mawar turut membuat suprise untuk suaminya, Raf Yaakob selain merakam reaksi ahli keluarga dan kenalan untuk berkongsi tentang berita kehamilan itu.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Mawar doakan juga kepada ibu bapa yang masih menanti untuk mendapat cahaya mat dipermudahkan dan dimakbul Allah SWT hajatnya. Insyaa’Allah. Aamiin,” tulisnya.
Dalam video tersebut, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid membuat kejutan untuk suaminya dengan menyerahkan kit ujian kehamilan di depan Menara Eiffel ketika bercuti di Eropah sekitar Jun lalu.
Tiga bulan alahan teruk
Sebelum itu, Mawar menjawab persoalan peminat mengenai dirinya yang jarang mengemas kini media sosial sekali gus memaklumkan bahawa tahap kesihatannya kurang memuaskan.
“Tiga bulan Mawar tak sihat, sampai terpaksa pergi hospital sebab beberapa kali dehidrasi. Tak boleh makan dan minum, sakit kepala mampu terbaring je atas katil.
“Diuji lagi anak-anak kerap demam lama. Mawar dan suami bergilir tak tidur jaga anak, sambil sakit sambil jaga anak.
“Dalam kepahitan ada kemanisan. Mawar dapat tahu ada satu lagi denyutan jantung dalam badan Mawar,” tulisnya dalam video tersebut.
Sementara itu, pelakon drama TQ Captain itu turut menitipkan pesanan kepada golongan ibu supaya masing-masing diberikan kekuatan dalam mengharungi fasa kehamilan.
“Kepada ibu di luar sana, bukan mudah mengharungi fasa kehamilan. Semoga kita semua diberikan kekuatan demi anak-anak,” katanya lagi.
Mawar dan suami berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.
Kredit: Instagram Mawar Rashid ; OMM
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI