Kek batik antara yang paling mudah buat kerana tak perlu nak bakar atau kukus. Hanya patah-patahkan biskut, gaul dalam adunan coklat cair dan boleh sejukkan dalam peti ais dulu.

Trend sekarang, kek batik indulgence pula. Dengan lapisan cream cheese dan coklat memang tak rugi anda cuba. Nampak macam susah nak buat, tapi kalau betul-betul nak buat, semuanya boleh.

Nak tahu step by step buat kek batik indulgence ni, perkongsian Rozmaliza Omar boleh anda cuba.

Alhamdullilah akhirnya dapat siapkan KEK BATIK MARIE INDULGENCE, time mula-mula baca resepi Ya Allah renyahnya kek ni. Stress kejap tapi bila ingatkan request dari anak-anak try buat jugak.

Bila dah siap, tengok hasilnya dan dapat rasa, tak ada la susah mana pun.

KEK BATIK MARIE INDULGENCE

Bahan-bahan:

– 2 bungkus/ 600 gm biskut marie
– 250g buttercup
– 200 gm milo
– 2 sdb serbuk koko
– 3 biji telur B
– 1 cawan susu pekat
– 1cawan susu segar

IKLAN

Cara-cara:

1. Patah-patahkan biskut. Ketepikan.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu segar ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api sederhana.


3. Kemudian masukkan buttercup. Masak sampai nutter cair.
4. Gaul hingga pekat dan sekata. Masukkan biskut Marie dan gaul hingga bersalut.
6. Tekan²kan adunan yang telah siap ke dalam loyang bersaiz 9″ yang telah dialas dengan kertas minyak.
7. Sejukkan sebentar kemudian masukkan dlm peti sejuk.

INDULGENCE CREAM

300 gm cream cheese
3 sdb gula halus
2 biji telur B

Cara-cara:

Pukul sampai kembang kesemua bahan diatas. Tuang indulgence cheese atas kek batik dan bakar api atas sahaja 160°c selama 10 minit. Sejukkan dulu baru tuang ganache, simpan semalaman baru potong.

COKLAT GANACHE

150 ml whipping cream anchor
300 gm milk compound coin (beryls)
2 sudu (b) butter

Cara-cara:

Panaskan whipping cream kemudian masukkan coklat masakan dan kacau sampai coklat larut. Masukkan butter kacau sampai butter cair dan nampak licin.

Tuangkan coklat ganache atas indulgence cream. Sejukkan selama selama 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.

Siap…sedap makan sejuk-sejuk.

Kredit: Rozmaliza Omar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)