Mood raya masih lagi ada walaupun tak dapat nak ke mana-mana. Tambah lagi bila PKP ni asyik duduk rumah je, kejap-kejap anak mengadu lapar. Ibu pun dah habis idea nak buat apa.
Bagi yang nak mencuba buat kek pula, apa kata buat Kek Batu Marmar. Kek yang dikukus ini ala-ala seperti kek batik Sarawak kerana lembut dan tahan lama jika disimpan dalam peti ais.
Nampak macam susah, sebenarnya ia mudah je kalau tahu cara membuatnya. Bolehlah ambil mood raya lagi walaupun makan dengan anak beranak je depan TV. Nak tahu resipi lanjut, ini yang dikongsikan oleh Eyka Hewitt.
Serius kek ni sedap dan sangat lembut. Makan masa baru keluar peti, memang sedap.
KEK BATU MARMAR
Bahan-bahan:
450g mentega (Jenama Anchor) tapi saya guna Tatura
165g gula kastor
10 biji telur A
170g kaya Yeo’s
1sdk vanilla
100g tepung gandum
200g Horlicks (tepung dan Horlicks diayak bersama)
100g susu tepung
100g serbuk coklat minuman. Contoh: Vico (Saya guna Milo dan tambah 3 sudu besar Nutella..
4sdk browning sugar (saya guna pewarna coklat)
Cara-Cara:
Langkah 1
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang putih. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan seri kaya dan susu pekat, pukul sebati.
3. Masukkan vanilla, tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit.
Langkah 2
Timbang keseluruhan adunan di bekas lain. Bahagikan adunan kepada 2 (guna calculator). Contoh: jika berat keseluruhan bahan (tidak termasuk berat bekas) ialah 1720g bahagi 2 = 860g
BEKAS A – dicampur serbuk coklat minuman kegemaran, coklat cair dan browning (atau pewarna hitam)
BEKAS B
1. Campur dengan susu tepung, putar dengan kelajuan perlahan / sederhana laju cukup untuk membuat adunan sebati sahaja.
2. Dibahagikan (menggunakan penimbang & calculator) kepada beberapa bahagian dengan warna pilihan. Cling wrap / pembalut plastik.
Warna = merah / pink, kuning,hijau dan dark purple.
3. Kukus berasingan 45 minit dan potong dadu. Loyang 6×6 / bekas makanan yang sama saiz atau guna bekas makanan seperti dalam gambar. Pastikan bekas tahan panas ya.
Cara Mengukus
1. Tuangkan separuh adunan A. Susun ketulan coklat bar di atas keseluruhan permukaan adunan, tak perlu ditekan-tekan.
3. Cling wrap loyang dengan satu atau dua lapis, biar kuat dan tidak bocor / adunan tidak dimasuki air dari wap kukusan.
4. Lapisan pertama dikukus selama 1 jam 15 minit.
5. Ulang langkah pengukusan lapisan pertama dan cling wrap. Lapisan kedua 1 jam 45 minit.
– Sejukkan 1 atau 2 jam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk, rehatkan beberapa jam atau semalaman.
– Untuk pastikan kek kukus tahan lama, jangan biarkan kek terbiar di luar / di atas meja (ketahanan kek kukus boleh berkurangan jika terdedah kepada suhu sejuk panas atau udara tidak bersih bawaan angin) lebihan kek yang belum dimakan terus disimpan di dalam peti sejuk.
Kredit Resipi: Eyka Hewitt