Kek Coklat Kukus Guna Blender. Lebih Moist & Rasa Coklatnya Memang Terbaik!

Share

Teringin nak makan kek coklat, tapi tak ada mixer dan oven. Jangan susah hati, resipi kek coklat kukus blender ni boleh anda buat untuk hidangan seisi keluarga. Maklumlah ini antara kek kegemaran anak-anak.

Dengan menggunakan barang yang mudah je, boleh terhasil kek yang sedap dan berbaloi sangat. Tak perlu nak risau dah, dengan ikut setiap resipi ni, kek yang siap nanti buat anda bangga dengan kemampuan diri.

Sambil masak lauk untuk makan tengah hari pun anda boleh buat. Tak percaya mesti cuba resipi Noriza Awang Hamat.

KEK COKLET KUKUS RINGKAS DAN SEDAP

Bahan-bahan yang cikza gunakan

2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
diblander bagi sebati ketepikan.
8 biji telur diblander dan ketepikan.
*2 cawan tepung gandum
*2 sudu kecil soda bikarbonat
* 2 sudu kecil baking powder
*ketiga bahan yang bertanda ni diayak terlebih dahulu.

Jika nak kurangkan manis, boleh kurangkan sukatan susu atau gula.. Terpulang pada kemanisan yang anda mahu.

Cara membuatnya:

Dalam mangkuk, masukkan bahan yang diblander berselang seli dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Nak senang blender semua bagi sebati.

Sapu planta dekat loyang terlebih dahulu dan curahkan adunan yang diblander.

Panaskan air kukusan terlebih dahulu. Kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.

Cara buat topping coklat

Coklat masakan
Sedikit Planta

(Kedua-duanya masak secara double boil dan sejuk sikit baru tuangkan atas kek. Hias ikut citarasa masing-masing)

Selamat mencuba!

Kredit : Noriza Awang Hamat

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy