Kek Coklat Kukus Moist Ni Paling Senang Nak Buat, Guna Sukatan Cawan!

Share

Kek coklat sememangnya kek yang paling senang disediakan. Hanya satukan sahaja kesemua bahan dan dikukus hingga masak. Bila-bila anak nak makan pun mama pasti tiada masalah untuk membuatnya.

Langkah demi langkah cara mudah yang dikongsikan oleh Puan Cik Nadzri ini memang membantu untuk mereka yang keliru cara hendak menyediakannya. Cukup lengkap. Terbaik!

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak @ minyak mazola
1 cawan susu pekat

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar soda bikarbonat

3 biji telur

 

Satukan bahan gula, susu cair, minyak dan susu pekat dalam periuk dan masak hingga berbuih.

Gaulkan tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat kemudian diayak.

Pukul tiga biji telur hingga kembang dan putih.

Kemudian campurkan bahan masak, bahan kering. Kacau rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 1 jam 15 minit. Pastikan air pengukus dah mendidih.

Siap!

Artikel berkaitan: Rahsia Kek Coklat Magik Tanpa Tepung, Tekstur Tetap Lembut& Sedap, Rasa Padu!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM