Kek Gebu & Lembut, Bebas Serbuk Penaik Dan Soda Bikarbonat Untuk Bayi, Wajib Cuba!

Share

Kek antara salah satu manisan yang cukup digemari anak-anak kita. Selain rasanya yang manis dan lembut, warna juga menjadi daya penarik si comel. Bagi mengelakkan manis melampau dan penggunaan bahan yang kurang sesuai pada bayi, resipi perkongsian Puan Khalida Mahsari ini wajib mama cuba.

Perkongsian resipi menerusi grup Happy Baby Food Malaysia ini unik kerana menggunakan kek buah-buahan campuran tanpa serbuk penaik dan juga soda bikarbonat yang kurang sesuai buat bayi kita. Walaupun tanpa kedua bahan ini, kek tetap jadi lembut malah gebu. Jom cuba resipi yang dikongsikannya.

Healthy fruity cake FREE from Baking powder & soda bikarbonat!

Bahan bahan:
Telur 3 biji *asingkan putih telur dan kuning.
Tepung gandum (unbleached) 3/4 cup
Madu asli 1/4 cup (Strictly for 1 year and above)
Unsalted butter 50gram
Cream cheese tatura 50gram
Buah potong potong masuk dlm adunan kek boleh, atau hias diatas kek.
1 biji buah peach
Cherry & blueberry

Pukul 3 biji putih telur hingga terhasilnya meringue.

Pukul asing 50gm cream cheese dan 50gm unsalted butter bersama 1/4 cawan madu.

Masukkan kuning telur.

Kemudian masukkan meringue, kaub balikkan dengan spatula sahaja.

Masukkan 3/4 cawan tepung gandum (unbleached). Kacau sebati.

Bakar kek menggunakan suhu 180°c api atas bawah selama 30 hingga 40 minit sehingga kek masak. Bergantung pada oven masing-masing okay!

Teksture kek lembut!

Published by
Siti Ramlah Mahmud