Kek Hokkaido Versi Gebu Gebas. Tak Menyesal Buat, Inti Kastardnya Sangat Sedap!

Share

Kek yang popular biasanya kek coklat atau marble kek. Bukan apa ini antara kategori kek yang seisi keluarga suka. Jadi biasanya ibu akan cuba belajar resipi kek ini untuk memenuhi permintaan anak dan suami.

Ok kali ini anda boleh buat sedikit kelainan dengan mempelajari cara membuat kek Hokkaido versi gebus gebas. Mesti tak menyesal kerana sangat sedap.

Resipi yang dikongsikan oleh Zaitong Syed Ahmad ini cukup mudah dan puas hati buat sendiri kerana boleh makan banyak. Kalau diikutkan kek ini jika dibeli agak mahal jugalah.

Jom tengok resepi..

STEP 1
1. Pecahkan 4 biji putih telur (Kuning telur letak dalam bekas lain)
2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue letak tepi dulu yang meringue.. Mohon yang meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air @ kuning telur yaa… nanti takut
tak jadi pula.

STEP 2
1. 4 biji kuning telur (yang dah ada dalam bekas tadi)
2. 3 sudu besar gula
* kacau-kacau je guna whisk (godek-godek macam tu)
3. Masukkan susu cair setengah cawan( boleh guna dutch lady)
4. Minyak masak 5 sudu besar
* sambung kacau guna whisk sampai sebati

ARTIKEL RESIPI MENARIK [ Mudah Sangat Nak Buat, Puding Milo Oreo Jelita Super Sedap Untuk Raya! ]

STEP 3 ( ayak dulu)
1. 1/2 cawan gandum
2. 2 sudu besar tepung jagung/kastard
3. Setengah sudu kecil baking powder
masukkan step 3 ni ke dalam step 2..kacau-kacau guna whisk
lepas tu campurkan dengan step 1 tadi..kacau-kacau sampai sebati

JOM KITA BAKAR. GUNA API ATAS BAWAH YER SUHU 160..DALAM MASA 20 MINIT..TENGOK LA KALAU DAH MASAK..TAK LEKAT LERR KAT LIDI BILA KITA CUCUK-CUCUK
JANGAN LUPA PANASKAN OVEN DULU DALAM 10 MINIT SUHU 170

FILLING:

1. marjerin 1 sudu
2. Susu cair 200 ml
* panaskan dulu untuk cairkan marjerin
Masukkan
3. 1 sudu besar tepung gandum
4. 1 sudu besar kastard
5. 1 biji telur
6. 4 sudu besar gula

Masak jer semua..sentiasa kacau guna api kecil
Note: jangan masak lama-lama nanti keras la gamaknya…menangis tak berlagu…sekadar pekat-pekat…

Kek tu..ambil chopstick untuk buat lubang di tengah..baru pipe filling kastard tadi.
=Guna telur gred A untuk dapat banyak biji
=Tabur gula icing untuk hiasan

Done!! Selamat mencuba!

RESIPI WAJIB CUBA [Brownies Cookies Ranggup Chewy. Senang, Tak Rugi Buat Sendiri!]

Kredit : Zaitong Syed Ahmad via Sarihah Ismail

Published by
Wan Amalia Mohd Daud