Jarang-jarang kita menikmati Kek Indulgence apatah lagi cuba membuatnya sendiri di rumah. Namun rupanya menyediakan kek ini tidaklah sesukar mana. Boleh cuba hasilkan sendiri di rumah dengan resipi yang dikongsikan oleh Pn Ariana Sofia Ahmad.
Resipi langkah demi langkahnya yang lengkap buat kita merasa yakin untuk mencuba. Memang terbaik!
Kek Indulgence ni bila makan sejuk lagi sedap. Kek coklat ni dari resepi asal kek coklat moist yang ariana pernah share sebelum ni cuma diubah sikit supaya tekstur kek lebih sesuai bila diletak cream. Cara setiap orang mungkin berbeza.
Resipi Kek Indulgence – sedap macam aiskrim.
Bahan Kek:
3 biji telur gred B
1 sudu besar ovallete
2 cawan @ 220g tepung gandum
3/4 cawan @ 60g serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk esen vanila
3/4 cawan @ 135g gula halus
3/4 cawan @ 180g susu pekat manis
3/4 cawan @ 135ml minyak
3/4 cawan @ 150ml air panas
Bahan Cream putih:
150g cream cheese
300ml non dairy whipping cream@ fresh cream
2 sudu besar gula aising
Bahan Cream coklat
180g dark compound coins (beryl’s)
350g non dairy whipping cream @ fresh cream
Untuk kek, mula-mula mix gula, ovallete Dan telur hingga sebati. Bila dah sebati masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Sambung mix hinggalah sebati. Tak perlu mix lama.
Lepas tu ayak serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Mix hingga sebati. Adunan memang pekat. Lepas tu masukkan minyak masak dan mix bagi sebati je. Sampai adunan jadi licin. Lepas tu masukkan air panas dan kacau guna spatula sahaja.
Bila adunan dah sebati ambil loyang 8 inci dan lapik baking paper di bawah dan letak tepi loyang. Kalau taknak letak baking paper tepi loyang, sapu butter atau marjerin. Wrap loyang dulu sebelum dikukus supaya air kukusan tak menitik.
Kukus selama 50-60 minit @ sehingga masak.
Sementara tunggu kek masak, buat cream coklat. Cairkan dark compound coins dengan cara double boil. Bila dah cair biarkan sejuk sekejap.
Lepas tu masukkan non dairy whipping cream yang masih sejuk. Mix hingga bila diterbalikkan tak jatuh tapi jangan terlebih mix nanti keluar air @ada bubble.
Lepas tu masukkan coklat yang sejuk tadi. Kacau guna spatula sahaja sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan dalam pipping bag supaya senang nak letak atas kek. Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit supaya tak mudah cair dan senang nak lepa atas kek.
Bila kek dah masak, terbalikkan terus kek supaya kek tak mendap. Tanggalkan baking paper dan biarkan dalam 10-15 minit sebelum diterbalikkan pada kedudukan asal.
Sementara tunggu kek sejuk, buat mousse putih pulak. Mix cream cheese dan gula aising hingga sebati. Masukkan non dairy whipping cream yang sejuk dan mix hingga pekat. Sampai tekstur jadi macam ni. Lepas tu masukkan dalam pipping bag dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak. Letak dalam peti ais 10-15 minit.
Kek tadi potong pada 4 bahagian. Permukaan atas kek kalau ada yang tak rata bolehlah potong nipis supaya sekata. Boleh tengok video cara nak potong. Untuk susunan, mula-mula ambil 1 potongan kek, Lepas tu letak 1 pipping bag cream putih. Ratakan cream ni hingga sekata. Dalam video boleh tengok lebih jelas cara ratakan.
Ambil lapisan kek yang kedua dan letak atas. Lepas tu letak cream coklat yang beratnya sama 1 pipping bag cream putih atau sama layer. Ratakan hingga sekata.
Lapisan kek yang ketiga, ulang semula letak cream putih 1 pipping bag lagi. Lepas dah ratakan, letak kek yang terakhir@kek yang ke 4 macam dalam gambar ni.
Lapisan terakhir letak cream coklat yang ada dan sapukan nipis di bahagian atas sekali termasuklah di sekeliling kek. Tebal cream coklat bahagian atas tak perlu sama tebal dengan lapisan lain, nanti cream coklat tak cukup. Hanya sapu nipis diatas kek dan sekeliling kek.
Ratakan cream coklat ni hinggalah licin. Nak senang ratakan, celup pisau dalam air panas dan lap pisau, guna pisau panas tu untuk ratakan cream coklat ni. Dah siap masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi cream lebih kemas dan tak cair bila nak tuang coklat ganache nanti.
Untuk buat coklat ganache cairkan dark compound coins dan butter dengan cara double boil. Bila coklat dah cair, masukkan dairy whipping cream dan kacau sebati. Biarkan coklat sejuk Dalam 35-36°c sebelum curah atau tuang atas kek.
Keluarkan kek dari peti ais dan tuangkan coklat atas kek ketika coklat masih cair. Nak ratakan coklat pun kena buat ketika coklat masih cair. Jika tengah ratakan coklat dan coklat macam dah nak keras, guna pisau panas untuk ratakan. Supaya permukaan jadi licin dan kemas.
Atas kek ni saja letak white coklat yang dicairkan. Tak letak pun takpe. Sapu atau lap keliling papan dengan tisu atau Kain supaya nampak kek lebih bersih dan kemas. Masukkan kek dalam peti ais selama 20 minit bagi coklat keras.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujung minggu adalah hari bereksperimen pelbagai resipi untuk bayi dan anak-anak kecil kita. Mencuba setiap resipi berkhasiat sememangnya membuatkan ibu rasa puas hati. Apa lagi bila anak makan sampai habis.
Salah satu menu yang wajib dicuba pada hujung minggu ini adalah Pancake Bluebery yang disediakan oleh ibu Ana Maria. Pancake yang satu ini cukup lembut malah gebu dan cukup sesuai untuk diberikan kepada bayi dan anak kita yang masih kecil. Jom intai 12 langkah demi langkah yang dikongsikan oleh ibu ini.
Blueberry Pancake
Bahan A
2 biji kuning telur
3 sudu besar susu full cream
2 sudu membukit tepung gandum
Secubit baking powder
Lemon zest
Blueberry (tak ada dalam gambar)
Bahan B
2 biji putih telur
1 sudu kecil jus lemon
1. Pukul kuning telur dengan susu sehingga sebati dan kuning pucat. 2. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang diayak.
3. Kacau rata sehingga nampak berkrim. 4. Parutkan lemon zest bagi mengantikan esen vanilla. 5. Dalam mangkuk lain pukul putih telur pula. 6. Sambil tu masukkan jus lemon. 7. Putar lagi sehingga bertanduk dan kental. Tapi jangan terlebih pukul. 8. Campur adunan putih telur dalam bahan A, dan kaup balik sehingga sebati masukkan blueberry.
9. Panaskan non stick pan dengan api kecil. Pan jangan terlampau panas ya. 10. Cedokkan adunan dalam pan, tutup dengan tudung periuk, api perlahan. 11. Lepas 3 4 minit boleh bukak dan terbalikkan. 12. Siap.
2 Tip lembutkan dan hasilkan pancake sempurna
* Pastikan baking powder yang digunakan dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ini penting kerana baking powder adalah ejen untuk mengembang dan melembutkan pancake.
* Asingkan bahan basah dengan bahan kering ketika menyediakannya. Satukan bahan basah terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan bahan kering yang siap di ayak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tercari-cari resipi bekal mudah & sedap untuk anak-anak bawa ke sekolah? Pasti ramai yang tengah mencari idea untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Untuk ibu yang mempunyai anak yang suka bawa bekal ke sekolah, menu apa je selalu para ibu bekalkan ya? Nasi goreng? Mi goreng?
Apa kata bekalkan anak ke sekolah dengan sandwich kayangan. Sandwich kayangan tu boleh letak macam- macam tau macam udang, isi ayam, hirisan daging dan pelbagai lagi. Bukan sahaja mudah untuk dibuat, berkhasiat dan lengkap nutrisi untuk anak- anak. Kenyang pon kenyang tau! Jom lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Fienaz Shafie di Facebook beliau.
RESEPI SANDWICH KAYANGAN
Anak dah mula sekolah kan! Kalau ikut cara Kak Fienaz pagi- pagi tak kaliut sebab tak sampai 5 minit dah siap breakfast@ bekal sandwich kayangan ala breakfast kat hotel untuk anak dan suami.
Bahan- bahan Sandwich 1: – Sedikit butter – 3 ekor udang – 1 biji telur – Daun bawang – Serbuk lada hitam – Sedikit daun bawang dihiris – 2 keping roti – Mayonis – Salad – Sekeping cheese
Cara- cara: 1. Oleskan sedikit butter ke atas sandwich maker. 2. Gorengkan 3 ekor udang. 3. Tuang 1 biji telur yang telah dipecahkan ke atas sandwich maker yang ada udang. 4. Taburkan sedikit daun bawang, rebuk lada hitam dan tutupkan penutup sandwich maker sehingga masak. 5. Setelah masak keluarkan dan ketepikan. 6. Letakkan pula roti di atas sandwich maker. 7. Letakkan salad dan mayonis. 8. Letakkan udang dan telur yang digoreng sekali itu tadi dan letakkan juga sekeping cheese dan letak lagi sekeping roti di atasnya. 9. Tutupkan penutup sandwich maker dan biarkan ianya garing. 10. Boleh angkat dan potong ikut cara masing- masing.
Cara- cara: 1. Gorengkan telur tanpa butter atau minyak di atas sandwich maker. 2. Angkat telur goreng dan ketepikan. 3. Letakkan roti di atas sandwich maker. 4. Letakkan telur di atas roti tersebut dan letakkan lagi sekeping roti di atas telur. 5. Tutup penutup sandwich maker dan biarkan sehingga roti agak garing. 6. Setelah garing, boleh angkat dan hidangkan.
Senang sangat resepi yang dikongsikan. Untuk para ibu yang takde sandwich maker dekat rumah, boleh guna non-stick pan. Nak sandwich lebih sihat, boleh tambah sayur seperti tomato dan timun. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.