Apabila bayi sudah mencecah usia 10 bulan ke atas, mereka sudah pandai untuk memilih apa yang mereka mahu makan. Ada juga bayi yang tidak mahu makan kerana tidak suka dengan rasa makanan yang tawar. Jadi, ibu haruslah bijak mengolah resepi untuk menarik selera bayi.
Banyak makanan yang boleh dimakan oleh bayi 10 bulan ke atas kerana sistem penghadaman mereka sudah matang dan boleh menelan makanan yang pepejal. Kek kentang dan udang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi atau juga boleh dijadikan sebagai snek untuk anak.
Biarkan anak pegang makanan itu sendiri. Ianya boleh membantu bayi untuk meningkat deria sentuhan (sensory of touch). Sambil makan pun otak anak boleh belajar dan berkembang dengan baik. Kandungan karbohidrat dalam kentang dan protein dalam udang boleh memberikan khasiat nutrient kepada anak dan mengenyangkana.
Mari lihat resepi mudah kek kentang dan udang yang dikongsikan di Facebook.
Resepi ini dikongsikan oleh Amina Aisha di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESEPI KEK KENTANG DAN UDANG
Cubalah kek kentang and udang ini untuk baby anda, sesuai untuk baby 10M+
Bahan- bahan:
Kentang 120g
Udang 60g
Tepung gandum 20 g
Bawang hijau cincang 5g
Lobak merah 15g
Serbuk cendawan segar sikit
Baca Juga:
Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Cara- cara:
1. Potong kentang menjadi kiub, kukus dalam kuali, rebus lobak merah, dan potong halus. Udang dicincang menjadi puri, diperah limau bagi menghilangkan bau hanyir, ketepikan.
2. Semasa kentang panas, hancurkan mereka menjadi puri, masukkan bawang hijau yang dicincang, lobak merah parut, pes udang, tepung serba guna, dan serbuk cendawan segar, dan kacau rata.
3. Ambil ubi kentang tumbuk secukupnya dan susun menjadi kek.
4. Sapu minyak di bahagian bawah kuali, letakkan kek kentang, dan terbalikkan sehingga keemasan di kedua- dua belah pihak.
5. Itu sahaja, sangat simple dan zero failure, berkhasiat dan sedap, cepat- cepat susun untuk bayi anda.
Mudah sangat resepi yang dikongsikan kali ini. Resepi yang berkhasiat dan cepat untuk disediakan. Ibu yang sibuk bekerja boleh cuba resepi ini untuk si kecil. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!