Jika anda memilih untuk mencuba menyediakan kek buat anak-anak dan keluarga di musim perayaan ini. Ada baiknya anda memilih kek marble sebagai permulaan. Selain rasanya yang enak ditambah dengan coraknya yang mengujakan, kek marble juga antara kek yang cukup mudah disediakan. Bukan anak sahaja teruja bahkan pengalaman pertama kali menyediakan kek turut terasa hebat bila menjadi.

Resipi kek mudah yang disediakan oleh Fadila Sofia ini cukup menarik kerana hanya menggunakan lima bahan sahaja malah cara yang digunakan juga amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Hasilnya kek bukan hanya jadi malah lembut dan lembap. Jom cuba!


Kek Marble Basic, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Paling Mudah!

Hai semua. Dalam banyak² kek, kek ni juga jadi pilihan mak-mak, ayah-ayah, atok-atok, nenek-nenek kita kan. Nah saya share resepi mudah dan senang nak buat.

Kek Marble Basic
———————————
Bahan:
1 cawan gula kastor/ gula halus
1 ½ cawan planta / butter ( suhu bilik)
4 biji telur gred A (suhu bilik)
2 cawan @ 1 ½ cawan tepung gandum (ayak)
1 sk baking powder (ayak)

Kek Marble Basic, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Paling Mudah!

Ads

* Sebelum tu jgn lupa panaskan oven. Suhu 150-160°C (ikut oven masing² ye, pembakar saya kecik). Panaskan 15-20 minit sebelum masukkan kek.

Pukul butter dan gula sehingga gebu (warna agak pucat hampir putih).

Perlahankan mixer, masukkan telur satu persatu (masuk sebiji, agak-agak dah nampak sebati telur tu dengan adunan, masukkan sebiji lagi, ulang sampai la habis 4 biji). Pukul lagi sampai kembang.

Ads

Tutup mixer. Campurkan tepung sedikit demi sedikit. Masa ni saya kacau pakai senduk dengan teknik kaup balik sampai la adunan sebati. Kalau korang nak pakai mixer, guna low speed, agak-agak tepung sebati, terus stop.

4Bahagikan adunan dalam bekas berbeza. Part ni korang boleh bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut pada color yang korang nak letak.

Kek Marble Basic, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang, Paling Mudah!

Ads

Griskan loyang dan letak la adunan ikut kreativiti korang.

Bakar pada suhu 150-160°C selama 45 minit ( ikut oven masing²).

Selamat mencuba.

Resipi wajib cuba: Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Orang Kahwin Paling Sedap Cepat Senang, Ini Caranya!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI