Tidak dinafikan, kek tradisional orang dulu-dulu sememangnya menggamit nostalgia. Teringat kemeriahan kek butter ketika dibakar dan keriuhan anak-anak. Itulah yang paling kita rindukan.
Resipi kek marble butter tradisional ini sememangnya tak pernah menghampakan. Air tangan dan resipi orang lama yang buat kita teringat-ingat. Bagi yang mencuba mengimbau kenangan manis dan menikmati kek marble gebu dan moist seperti dulu, resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini wajib anda cuba. Sedap!
Ika peminat kek butter orang dulu. Betul-betul rasa nostalgia. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Ni resepi mak ika. Dari ika kecik, ni la kek kegemaran ika sekeluarga.
Balik kampung je, mesti ada hidangan kek butter orang lama. Haaaa ni la dia kek butter marble orang lama.
Rasa dan texture dia lain dari kek marble sekarang. Sedap dia tetap di hati. Bila ika masak kek butter ni. Mesti family ika tak sabar nak makan hehe.
Resepinya :-
2 cawan margerin
1.5 cawan gula castor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil butter oil ( optional )
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan tepung gandum
Masukkan marjerin dan gula. Kita kacau dia sampai kembang.
Kembang macam ni. Kalau nak kembang lagi, lagi bagus hehe.
Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan butter oil. Tak ada butter oil pun tak apa. Jangan risau. Ni ika saja letak sebab memang ada stok dekat rumah. Lagi pun ika suka letak sebab nak bagi rasa butter tu kuat lagi hehe.
Masukkan serbuk penaik dan tepung gandum. Kacau rata.
Gaul hingga sekata semuanya. Ika gaul guna sudu je hehe.
Bahagikan 3 warna. Ikut la nak warna apa.
Ika selang seli warna. Nak nampk macam orang lama. Tu yang selang seli macam orang dulu buat hehe.
Haaa akan jadi macam ni. Bakar pada suhu 150 selama sejam. Atau ikut oven masing-masing.
Siap!
Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)