Kek marble antara kek yang cukup popular menjelang musim perayaan kerana ia paling mudah disediakan malah rasanya yang cukup enak. Namun mencari resipi yang mudah malah menggunakan sukatan cawan yang sedap, anda perlu bijak mencuba pelbagai resipi. Barulah rasanya puas hati.
Resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini boleh anda cuba. Bukan hanya menggunakan sukatan cawan, bahkan turut disertakan sekali sukatan menggunakan gram bagi memudahkan semua orang. Resipinya ringkas malah marble terhasil cukup cantik. Rasa pun padu. Jom cuba!
“KEK MARBLE MOIST”
Bahan-bahan: (Sukatan Cawan)
1 cawan butter (guna marjerin pun boleh)
3/4 cawan gula castor (saya kisar gula pasir je)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum ( ayak)
1 sdb baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko
(guna loyang saiz 6@7)
Ni resipi yang guna sukatan gram.
Bahan-bahan: (Sukatan gram)
250g butter
200gram gula kastor (saya guna gula pasir dan kisar)
5 biji telur gred B
220 gram tepung naik sendiri@ tepung gandum biasa pun boleh (ayak)
3 sdb susu segar @ cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecik perisa vanilla
2 sudu besar serbuk koko
Cara sama sahaja (kek pada gambar saya guna sukatan gram -guna loyang saiz 7@8)
Siap.
Resipi wajib cuba: Resipi Ayam Malas Malas-Tapi Bila Buat Nasi Tak Cukup Sepinggan Senang Sangat!