Kek marjerin klasik antara kesukaan ramai sejak dulu hingga sekarang. Walaupun banyak kek moden yang ada sekarang, namun kek ini tak jemu di makan. Bukan orang dewasa je suka, anak-anak kecil pun berebut kalau dapat makan.
Apa yang bestnya kek marjerin ni, teksturnya yang lembut dan tak muak walaupun makan banyak kali. Kalau waktu petang ada air kopi atau teh memang lengkap. Bukan saja boleh buat minum petang, untuk sarapan pagi pun boleh.
RESIPI MENARIK [Modal Bawah RM10 Dapat 40 Biji Dumpling. Buat Sup Sedap, Nak Goreng Pun Boleh!]
Cara nak buat pun teramat mudah, bahan nak sediakan pun yang memang kebanyakannya dah ada di dapur. Jom lihat apa bahan dan cara nak membuatnya.
Resepi Kek Marjerin Coklat Rice
Bahan-bahan:
250g marjerin pelangi / Crispo
200gm Gula halus
250ml Susu Full Cream
125gm susu pekat manis
375gm tepung gandum
5biji telur gred A
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1 esen vanilla
Coklat rice secukupnya
Cara-cara:
– Pukul marjerin + gula + susu krimer hingga kembang
– Masukkan telur satu per satu pukul hingga sebati
– Masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat (yang telah diayak) sedikit2 berselang seli dengan susu full cream sehingga habis
– Masukkan coklat rice kaup balikkan sebati..
– Masukkan ke dlm loyang 8inci dan bakar pda suhu 180°c selama 1jam15min atau sehingga masak.
LAGI RESIPI MENARIK [Kuey Teow Goreng Chinese Style. Manis Udang Tu Yang Nikmat!]
(Kalau nak pelbagai warna asingkan ke dlm bekas lain dan tambahkan pewarna kaup balikkan hingga sekata)
**Loyang segi 4 boleh guna 8inci, tapi kalau loyang bulat sebaik baiknya guna 9inci
Selamat mencuba!
Sumber: FB Fauzi Karim / Kredit photo : Rohimatul Mat Yussuf
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI