Kek marjerin yang dimakan ketika waktu panas sememangnya cukup istimewa. Rasanya lembut dan aromanya cukup hebat. Aroma marjerin yang semerbak baunya ketika dibakar ini buat seisi rumah terganggu sambil menanti untuk dijamah. Hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi ini pastikan sebiji kek sedap tersedia buat keluarga. Bosan mencuba kek coklat, kek marjerin ini antara yang disyorkan.
Resipi yang dikongsikan oleh Junaida Shukor ini nampak cukup sedap. Malah paling istimewa cara hendak menyediakan kek marjerin sedap ini juga cukup mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Jadi senang hendak di cuba. Jom simpan kemas resipi ini untuk raya nanti.
Resipi wajib cuba: Kuih Bunga Orang Terengganu Simple Cepat Buat, Rasanya Lembut Liat-Liat Manis!
Resepi Kek Marjerin
1 cawan gula halus (boleh kurangkan)
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
#sy guna mixer
Pukul gula dengan marjerin jadi putih dan sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul bagi rata.
Kemudian masukkan tepung, esen vanilla dan baking powder.
Pukul sampai sebati kemudian masukkan dalam loyang. Sapukan loyang dengan marjerin terlebih dahulu.
Bakar suhu 160° selama 35 minit (ikut oven masing-masing). Siap!
Resipi wajib cuba: Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi Lebih Mudah Berlemak!