Jika tercari-cari kek gebu yang sedap dan mudah, kek minyak adalah kek yang disarankan. Hanya gunakan minyak, jadi anda tidak perlulah menggunakan marjerin yang mengambil masa ketika mengadunnya. Hanya gunakan minyak, simple.
Bukan sahaja ringkas tetapi rasanya juga lebih gebu dan cukup sedap. Kek Minyak Nestum Gebu, resipi perkongsian cikgu masakan di media sosial, Azlina Ina Fans ini wajib anda cuba. Cukup sedap dan mudah. Hanya gunakan sukatan cawan, buat kek lebih mudah disukat. Jom cuba!
Hari ini nak ajar kek simple sedap dan gebu yakmat. Cara dia dah tentu paling simple punya. Kek minyak nestum gebu gerenti jadi.
Kek Minyak Nestum Gebu
*4 biji telur gred B
*1/2 cawan gula halus
*1 sb ovalate
*1 sk esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
Kalau kukus add on 1/2sk soda bikarbonat
1/2 cawan minyak
Ads
Kalau nak lg sedap kek minyak korg add on kan 30g nestum 3in 1 ni. Kalau tak nak abaikan.
Bahan * tadi masuk dalam bowl mixer dan mix 5 hngga 10 minit atau sampai gebu.
Mix mesti kena putih gebu. Lepas tu masuk susu pekat sikit-sikit. Ok masuk minyak sikit sambil putar.
Ads
Matikan mixer, lepas tu masuk tepung dan nestum sikit-sikit. Kacau rata.
Bahagikan dan letak lah warna kesukaan.
Ads
Loyang 8×8 atau 8 bulat lapik baking paper. Panaskan oven atau pengukus. Bakar suhu 180 masa 40 minit atau kukus api besar 35 hingga 40 minit.
Ok siap dah masak. Tebalikkan di redai sekejap dan terbalik kan semula di board.
Bila si kecil mula boleh makan, mama memang perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan buat si kecil. Yang penting mama kena pandai olah dan sesuaikan mengikut peringkat usia anak. Jom cuba resipi yang dikongsi ini, sangat sesuai untuk makan pagi mahupun makan petang.
Soto & Bergedil Ayam versi Baby
Alhamdulillah harini Maryam dah genap 10 bulan.
Sementara abi cuti ni, boleh lah mommy kelebet dapur lama sikit. Memandangkan kami cuma plan nak makan soto, Maryam punya mommy adjust lah bagi baby friendly. Jom kita buat?
Haaa ini rupanya bila soto dan bergedil ayam versi baby dah siap dihidang. Jom kita tengok step by step.
Bahan bahan untuk sup :
✅ Hirisan bawang merah*
✅ Hirisan halia*
✅ Seulas bawang putih*
✅ Kulit kayu manis
✅ Bunga lawang
✅ Daun salam (optional)
✅ Batang Saderi*
✅ Isi ayam
✅ Serbuk sup (dibancuh)
✅ Perasa (mommy guna serbuk lada sulah shj)
👉🏻 Semua bahan yang bertanda * dikisar bersama air
Bahan untuk bergedil :
✅ Sebiji kentang direbus
✅ Isi ayam (mommy ambil dari sup)
✅ Daun sup
✅ Bawang merah
✅ Tepung beras
✅ Telur
Cara Penyediaan:
Mula mula panaskan sedikit minyak dan masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan daun salam. Sebelum nak buat make sure si manja dah lepas rempah ratus ya.
Kemudian masukkan bahan bahan yang telah dikisar, biarkan sehingga naik bau.
Sementara tu bolehlah masukkan isi ayam.
Perasakan dengan bancuhan serbuk sup dalam sesudu makan. Kalau air dah mula kering boleh tambah. Mommy perasakan dengan lada sulah jugak sikit, kalau ibu ibu ada serbuk perasa baby friendly tu pun boleh letak.
Bila isi ayam dah masak, keluarkan. Kita cuma nak sup kosong. Isi ayam ni kita nak guna untuk bergedil.
Perasakan sup dengan taburan daun sup serta bawang goreng. Sup soto siap. Ketepikan.
Untuk bergedil, kisar kering dan halus bawang merah, daun sup dan isi ayam tadi. Mommy masuk dalam chopper je, senang.
Campurkan bahan yang siap dikisar kering dengan kentang. Sekiranya agak lembik, ibu ibu boleh tambahkan sesudu makan tepung beras. Adunan ni dapat lah dalam 5-6 biji bergedil saiz sederhana bulat.
Bentukkan campuran bergedil ayam tadi mengikut bentuk kesukaan. Mommy buat bulat je, malas 🤭
Celupkan bergedil ayam ke dalam sebiji telur yang sudah dipukul.
Gorengkan sekejap
Bila bergedil dah perang keemasan, boleh lah diangkat. Kalau ibu ibu taknak minyak, nak goreng tohor / bakar pun boleh. Kalau air fryer mommy tak sure, tak ada bendalah nye
Hidangkanlah bergedil ayam tadi bersama nasi impit, sup soto dan apa apa apa topping kegemaran yang dirasakan sesuai. Kalau tak ada nasi impit boleh je tukar dengan bubur nasi, mi kering baby dan sebagainya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memang suka sangat makan ayam gunting yang banyak dijual di food truck. Memang happy mereka dapat makan ayam gunting. Yang pasti memang tak cukup satu.
Jadi lebih jimat untuk ibu buat sendiri di rumah. Bahan-bahan pun tidaklah susah untuk didapatkan. Caranya juga mudah dan cepat untuk disediakan. Buat untuk minum petang anak-anak mesti tak sabar nak makan.
Ini resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni.
Memang mudah dan nampak sedap serta menyelerakan!
RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH
Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.
Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.
Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.
BAHAN-BAHAN
Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
– Basuh bersih dan potong nipis
Bahan perap
– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam
Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.
Bahan saduran
Tambahan
Kalau nak senang boleh terus beli bahan-bahan dari Sini
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.
Menu ayam antara favourite anak-anak. Tak kisahlah masak apa pun, jika lauk ayam, laju je anak makan. Kali ini mama boleh cuba buat paprik ayam macam kedai Thai.
Sebenarnya air tangan mama tu lagi sedap tau. Ni resepi Ayam Paprik Ala Thai terlajak sedap dari Liza Idris. Menu paling anak-anak suka. Masak apa yang ada ja.
Bahan-bahan diperlukan:-
500 gram isi ayam
2 sudu besar cili kisar.
3 ulas bawang putih diketuk hancur.
1 inci halia hiris nipis.
1/2 biji bawang holand.
3 biji cili padi diketuk.
1 biji cili merah dan hijau.
1 batang serai dititik.
5 helai daun limau purut.
Sedikit bunga kubis.
1 batang lobak merah.
Bahan sos:-
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
(Satukan sos dalam bekas)
Cara masak ada pada setiap gambar ya.
Panaskan sedikit minyak. Masuk bawang putih, halia dan serai.
Masuk 2 sudu besar cili kisar. Kacau sampai cili masak sedikit.
Masuk isi ayam. Kacau-kacau hingga ayam separuh masak.
Letak pula adik beradik sos yang disatukan. Barula padu.
Masuk daun limau purut yang dibuang tengahnya. Kacau bagi mesra. Biar pecah minyak
Dah boleh masuk bunga kubis dan lobak merah. Kalau ada kacang panjang dan putik jagung lagi sedap.
Masuk sedikit air dalam bekas sos tadi, kocak dan tuang dalam kuali.
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!