Kek Nestum Gebu Viral 6 Bahan. Sedap Dan Tersangat Mudah Buatnya!

Share

Selain kek marble, kek nestum juga antara yang menjadi pilihan kerana teksturnya yang gebu. Resipinya lebih kurang dengan kek marble tapi bahan utamanya mesti menggunakan nestum.

Istimewanya kek nestum ni, rasa lemak nestum itu buat anda tak puas makan. Anak-anak yang cerewet makan pun, bila rasa kek ni pasti suka. Memang tak rugi anda cuba. Ni salah satu idea untuk minum petang.

Kek Nestum Gebu Viral

Bahan-bahan:

– 200g majerin dalam secawan (tengok cawan jugak nak tepat pakai timbang)mak pakai cawan minum kopi je
– 150g gula perang dalam 1 cawan lebih sikit
sedikit esen vanila
– 50g nestum original atau 2 paket yang macam gambar tu
– 3 sudu besar susu pekat
– 160g tepung naik sendiri dalam 1 1/2 cawan
– Telur 5 biji
– kacang pecan (ikut citarasa sendiri)

RESIPI MENARIK [Nasi Goreng Cabai Kering, Pecah Telur. Menu Simple, Tengok Pun Dah Tau Sedap!]

Cara-caranya:

1. Majerin dengan gula perang mix dulu sampai kembang sebati

2. Baru masukkan susu pekat 3 sudu besar dan mix sebati

3. Masukkan satu-satu telur total 5 biji ya

4. Slow kan mixer masukkan tepung tadi

5. Baru masukkan nestum kita tadi tu ok setel

6. Lapik loyang pakai baking paper

7. Tuang adunan dan tabur kacang pecan atau badam. Terpulang pada citarasa masing-masing.

8. Bakar suhu 170 masa 45-55 minit api atas bawah

9. Siap keluarkan dari oven dan terbalikkan pada board

10. Terbalikkan semula Dah siap! Selamat mencuba!

LAGI RESIPI MENARIK [Bihun Singapore Style Mak. Nak Sedap Tumbuk Udang Kering, Buat Sambal Kicap!]

Kredit Resepi: Lieyaa Homemade‎

Nak shopping oven pada harga yang berpatutan klik sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy