Kek Pandan Cheese Leleh Gebu Gebas, Topping Cheese Sekilo, Laku Keras!

Share

Juadah kek antara menu yang sering dinantikan oleh anak-anak setiap hujung minggu. Sajian kek enak buat keluarga sudah semestinya disediakan dari air tangan sendiri. Juadah kek apa di hujung minggu ini? Jika masih tercari-cari, Kek Pandan Cheese Leleh ini mama wajib cuba. Sedap yang teramat. Anak pasti berebut-rebut!

Resipi yang dikongsikan oleh Ika Zul ini merupakan resipi turun temurun keluarga. Jadi pastinya cukup istimewa. Paling menarik cheese yang digunakan cukup banyak, jadi rasanya pastinya cukup hebat. Wajib cuba!


Kek Pandan gebu gebas gais. Topping Cheese je dah sekilo lebih. Apa lagi nak? Ni resepi dari mak Ina tau. Saya tiru sebijik-sebijik untuk buat niaga. Siapa nak boleh la guna resepi ni. Tak akan menyesal punya sebab sedap sangat. Laku keras Insya-Allah. Semoga mak Ina diluaskan rezekinya lagi. Aamin Ya Mujib.

KEK PANDAN CHEESE LELEH GEBUS

BAHAN A
220 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
Ayak semua bahan A. Ketepikan.

BAHAN B
5 biji telur gred A
1 sudu makan ovalatte
200 gram gula halus
1 sudu makan coconut pandan emulco
1 sudu makan pewarna hijau epal
Semua bahan B diputar sehingga gebu

BAHAN C
150 gram minyak
Masukkan bahan A ke dalam adunan B tadi berselang seli dengan bahan C sehingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas SQ3000.
Kukus 40 minit.

CHEESE TOPPING SEDAP MELELEH

BAHAN
750g cream cheese
500g (1 tin) susu pekat
500 gram (1 cawan) whipping cream dairy
562 gram susu penuh krim dutch lady

Putar semua bahan hingga sebati. Crumble hijau ambik sedikit dari kek yang kita pecah-pecahkan.

Cucuk kek menggunakan garfu. Kemudian tuang topping cheese ke atas kek.

Kemudian parut keju cheddar. Akhir sekali tabur crumble hijau di tepi kek. Siap.

Bahan topping boleh dapat 2 bekas 3000, 1 bekas 1500.

Selamat mencuba!


Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM