Jika anda inginkan kelainan dan mencuba resipi baru dengan anak-anak di rumah, apa kata hujung minggu ini kita cuba buatkan kek homemade pula bersama anak-anak. Kek Pandan Gebu yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini lain dari yang lain. Kek dengan gabungan santan ini cukup berbeza rasanya, malah lemak, lembut dan cukup gebu.
Penggunaan bahan yang tidak terlalu banyak tetapi ringkas cara pembuatannya. Nak tahu bagaimana rasa kek pandan dengan santan? Jom cuba!
KEK PANDAN GEBU
Bahan A :
5 biji kuning telur gred A
1 biji telur gred A
40ml minyak jagung
80ml santan pekat
1 sb emulco pandan
1/2 sk esen vanilla
sedikit pewarna hijau
90g tepung kek ( diayak )
Bahan B :
5 biji putih telur gred A
1/4 sk krim tartar
1/4 sk garam
100g gula kastor
Kacau kuning telur bersama telur sehingga sebati. Masukkan Bahan Bahan A yang lain mengikut urutan sambil dikacau sebati .Ketepikan seketika .
Di dalam bekas lain , pukul putih telur sehingga berbuih kasar. Masukkan krim tartar dan juga garam. Pukul sehingga berbuih halus.
Masukkan pula gula secara berperingkat sebanyak tiga kali sambil dipukul sehingga adunan menjadi kental dan bertanduk .
Masukkan sedikit adunan Bahan B ke dalam Bahan A tadi dan kacau sebati. Kemudian , tuangkan ke semua adunan ke dalam baki meringue Bahan B . Kaup balik adunan sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit menggunakan kaedah water bath atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .
Setelah masak , keluarkan daripada loyang dan biarkan sejuk sebelum dipotong. Siap , Selamat mencuba !
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Baca: Tolak Tepi Kerja Matikan Gajet Tumpulah Pada Anak- Ustaz Don Daniyal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI