Berbanding kek mentega atau kek-kek lain, kek pandan antara kek yang cukup harum baunya. Ketika kek di masak di dalam oven, anak-anak pastinya tak sabar dan menantikan kek yang satu ini. Baunya cukup membuatkan seisi rumah rasa tak senang.
Bagi peminat kek pandan, jangan abaikan kek yang satu ini. Air tangan cikgu masakan yang popupar di internet iaitu Puan Azlina Ina Fans ini tak pernah menghampakan kita. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi bagi peminat kek pandan, anda wajib cuba kek ni!
Musim PKP ni teringin nak kek mudah-mudah, jimat bahan kan. Siapa peminat pandan macam mak. Mak memang suka gila apa-apa yang berkaitan pandan.
Resipi wajib cuba: Tak Pandai Buat Kek, Wajib Cuba Burnt Cheese Cake Ni, Confirm Jadi!
Kek Pandan Gebu Mudah
Bahan A:
Marjerin cairkan dan sukat secawan bila suam
Bahan B:
1/4 cawan susu segar + 1 sk cuka + 1/2 sk soda bikarbonat -campurkan
(Kalau korang suka guna daun pandan, susu segar tu blend dengan daun pndan 1 cawan then tapis. Korang boleh ambik 1/4 je selebih nya simpan nak buat kuih-kuih lain nanti senang boleh pakai lagi.)
Bahan C:
Ayak tepung gandum
2 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk cream off tartar (skip kalau tak ada, fungsi dia cuma nak bagi kek lagi ringan, kalau bakar tak ada pun tak apa, kalau kukus je tak ada kek kurang ringan tapi tetap jadi)
Bahan mix:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalate
2 sb pandan coconut pasted (setakat ni yang paling sedap)
1 sb pewarna hijau aple
Mix gebu kemudian masukkan bahan B. Kemudian A sampai habis. Dah sebati masuk c sampai habis. Siap.
Alhamdulillah gebu moist dan wangi sangat. Sesuai untuk korang cuba tau.
Gebu sungguh lah ha..
Resipi wajib cuba: Resipi Tepung Pelita Tak Perlu Kukus Guna Sukatan Cawan Je, Confirm Sedap Dan Wangi
Resipi sedap menyengat: Ayam Goreng Cili Kering Macam Di Restoran Cina Muslim, Resipi Mudah Sedap