Kek Pisang Coconut Crumble Kayangan, Sedapnya Tak Boleh Bawa Bincang!

Share

Selepas tempoh enam hari berpuasa, apa juadah untuk anda raikan raya? Resipi Kek Pisang Coconut Crumble Kayangan yang disediakan oleh Lina Thomas ini cukup sedap untuk hari istimewa anda. Bukan sahaja moist malah sedap dan gebu sambil ditambah crumble yang unik dan enak.

Penambahan kelapa, planta dan gula perang yang dijadikan crumble buat kek pisang jadi cukup enak malah eksklusif. Nak tahu macam mana rasanya, jom kita cuba. Paling menarik, nak buatnya juga cukup senang!


Buat kek today guna resepi Chef Kayangan kita Chef Azmin Zain untuk RAYA lepas puasa 6 esok, yang ni kek pisang coconut crumble kayangan. Dah cuba tadi dia punya sedap tak boleh bawak bincang wey!

Banana Bread Cake (Copy paste dari sis Haliza Jeran)

Bahan-bahannya:
205 gram pisang montel
200 gram gula castor
3 biji telur A
225 gram tepung gandum
3 gram soda
7 gram baking powder
Bertandad ayak sama sekali
100 ml freshmilk
75 gram corn oil
15 gram esen pisang
Toping ats kek=crumble
===================
100 gram kelapa
50 gram planta
50 gram brown sugar
Garam secubit
Ramas-ramas ujung jari mcm serbuk roti.

Panaskan oven 150 C. Mix pisang dengan gula hingga gebu ringan.

Masuk telur 1 persatu hingga habis. Kacau sebati. Masukkan tepung gandum yang diayak selang seli dengan freshmilk hingga habis.

Kemudian masukkan minyak jagung kacau sebati. Last sekali masuk esen pisang.

Masukkan dalam loyang adunan tadi, tabur crumble tadi dan bakar selama 35 minit hingga masak.

Harum 1 rumah bau kek pisang nih. Sedap moist. Simpan satu malam, esok pagi potong moist gitu, sedappp yak mat.

Happy baking gaiss!!

Resipi wajib cuba: Resipi Mi Celup Paling Mudah Rebus-Rebus, Perasakan Bila Makan Tak Sedar Keliling!

Published by
Siti Ramlah Mahmud