Kek pisang merupakan antara resipi yang paling asas dan sangat mudah untuk dibuat. Resipi ini juga boleh dipelbagaikan dengan menambah bahan lain untuk gabungan rasa yang lebih mantap. Salah satunya dengan mencampurkan coklat ke dalam adunan kek.
Resipi ini dikongsikan oleh Nina Diana. Menurutnya, pemilik resipi asal untuk Kek Pisang Coklat Lembap yang dibuat ini adalah influencer Instagram, Khairul Aming. Tambah Nina lagi, kek ini menjadi kegemaran anak-anaknya sedangkan kek pisang yang biasa mereka kurang gemar.
Dek kerana susah hati kerana anaknya tidak mahu makan nasi, ibu ini berusaha untuk memancing selera anaknya dengan resipi bebola nasi. Tidaklah sukar untuk dibuat dan boleh disediakan dengan menggunakan bahan asas di dapur. Jika anda juga mempunyai anak-anak yang cerewet, bolehlah cuba resipi ini.
Katanya idea resipi ini didapati dari laman Facebook juga, cuma diolah menjadi lebih mudah dan sesuai dengan selera anaknya.
Selalunya makanan snekking mesti tinggi kalori, jarang yang ada snekking yang sihat seperti kerepek, keropok lekor, pisang goreng, kuih- kuih tradisional yang manis dan pelbagai lagi. Tapi kali ni, resepi yang dikongsikan resepi untuk snekking yang sihat tau.
Baby carrot mempunyai khasiat yang sama seperti carrot yang biasa. Yang berbeza cuma saiznya sahaja. Seperti sedia maklum oleh khalayak, carrot atau baby carrot sangat bagus untuk penjagaan mata. Kandungan vitamin A dan B membantu mengekalkan tahap penglihatan mata pada tahap yang baik.
Baby carrot juga boleh membantu dalam penjagaan kulit wajah tau. Ini kerana sayuran ini dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan. Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.
Baby carrot juga boleh dijadikan snek sihat untuk siapa yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan enzim yang dapat melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam badan. Manakala kandungan serat di dalamnya akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh lebih lama. Jom lihat resipi yangdikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Kumpulan Galeri Resepi di Facebook.
RESEPI HONEY GLAZED BABY CARROTS
HONEY GLAZED BABY CARROTS . Bahan- bahan: – 500 gm baby carrot (lobak merah kecil) dicuci bersih – 2 sudu makan madu – 2 sudu makan unsalted butter – 2 sudu makan gula perang – 2 sudu makan dil segar | dicincang – 2 sudu makan daunt aim segar | dicincang . Cara- cara: 1. Panaskan mentega di dalam kuali menggunakan api yang sederhana. Masukkan lobak merah, madu, gula perang, cincang daun dil, cincangan daunt aim dan gaul sebati. 2. Kacau perlahan- lahan sehingga lobak merah lembut, kira- kira 15 minit. 3. Angkat dan boleh taburkan sedikit daun dil ketika menghidang. Sedia dinikmati.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Sedap dan berkhasiat. Boleh cuba untuk sesiapa yang sedang diet sebagai snekking. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Garam dan gula tidak disarankan untuk bayi di bawah 1 tahun. Jadi bagaimana untuk menambahkan perisa dalam makanan anak? Idea ibu ini boleh anda gunakan.
PuanSyida Dea Lurve’ Aberkongsi 13 rempah dan herba yang telah digunakan olehnya dalam masakan anaknya.
Penambahan herba dan rempah menambah kesedapan masakan. Anak jarang sembelit. Mula gunakan dalam masakan anak semasa anak berusia 8 bulan.
Pati kurma digunakan untuk menambahkan rasa manis apabila anak berusia setahun ke atas. Manakala setelah anak 2 tahun barulah diberikan garam.
Berikut ialah jenis-jenis rempah dan herba yang digunakan ibu ini & kegunaannya.
Oregano nie sedap letak dalam aglio olio. Tp mama byk tibai je letak dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tp jgn byk
Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah2 lawa mcm alala ayam goreng mamak, korg gaul la parika nie. Rasa x pedas langsung. Sedap pon sedap. Kalau anak dah pass capsicum baru boleh guna yg nie ya
Paling byk jasa so far. Korg kalau nak buat sauce bolognese yg bau and raaa sebijik mcm sos prego tu, wajib tabur mix herbs nie ok. Rasa and bau dia sgt sedap. Mama campak je dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pon sedap wangi je. Kalau opa x poopoo dua hari, letak nie je confirm lepas tu smooth je.
Sedap and ada sikit rasa2 masin. Kalau tgk ing mmg xde salt. Tp rasa dia tu dah boleh menambah flavour. Kalau nak goreng2 kunyit je mama gaul lauk dgn ini lah + kunyit. Sedap bau pon bes. Selain tu mama campak je dalam apa2 yg kena guna garlic kalau malas sgt. Bagus nie superfood
Tabur lepas pasta dah siap as garnish. Mama tabur je atas telur, atas kentang putar, atas kuah2 pasta. Sedap and wangi. Kalau jumpa yg fresh lg sedap. tp kalau xde yg nie pon ok.
Mama suka letak dalam perapan or apa2 makanan mcm sup, goreng2 sayur..rasa dia sedap and berangin.
Immume booster nie. mama guna blackpepper yg powder. Blend kering halus biji2 nie. Setiap kali nak, amik hujung sudu masukkan. Letak dalam masak blackpepper, sup, marinate, goreng gorengan pon sedap. Letak sikit je jgn byk. kang pedas anak x suka pulak
Korg mesti selalu je jumpa apa2 pastry yg guna cinnamon kan. Sedap cinnamon nie..dia bg rasa naturally sweet tp x la manis mcm gula. Gaul dgn apple then baked, buat pie, tabur cinnamon and tambah madu pon sedap. mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, or pastry. Sedap. Sweet & savoury.
Kalau buag sayur goreng tgk sayur warna pucat x menarik tu, korg boleh la titis kan sikit sesame oil nie. Bau dia alala2 chinese food. Masuk dalam bubur pon bau alala bubur mcd. Mama guna utk marinate jugak. Nnt bau semerbak. Try!
Madu nie depends pada masing2 la ye.nak cakap yg nie the best pon x sure.tp mama mmg cari madu yg jual kat kedai makanan sunnah and mintak recommendation dari seller. Insyaallah pure honey. Tawakal and doa yg baik2 je la utk anak kan. Untuk anak 1 tahun ke atas
Fungsi mcm cinnamon powder.
Lebih tertumpu pd masakan italy mcm pasta or pizza. Lebih kurang mix herbs je tp herbs lain ya. Sedap and wangi!
Nie jintan je. Kalau x rasa nak cari, blend ajo biji jintan tu sekali masa blend bebawamg utk spice. Sedap!
Pemanis yg paling byk berjasa setakat nie. Guna sikit je pon dah rasa manis dia. Mama letak utk balance rasa masam mcm tomyam and pedas mcm kari. Also as marple dalam pancake ke muffin ke cookies ke. Byk guna masa opa bawah setahun. Lepas setahun guna madu jugak utk natural sweet