
Mencari snek yang sihat, lazat dan mudah untuk anak-anak? Ibu-ibu boleh cuba Eggless Banana Raisin kek, satu pilihan snek yang sesuai untuk kanak-kanak, terutama yang mempunyai alahan telur atau yang sedang dalam pemakanan seimbang. Resepi ini menggunakan bahan semula jadi, rendah gula, dan padat dengan khasiat dari pisang dan kismis.

Bahan-bahan:
pisang
kismis
serbuk penaik organik
minyak masak
susu penuh krim
tepung gandum unbleached
Cara penyediaan:
- cincang halus kismis
- kupas 1 biji pisang pilihan (dah masak)
- lenyekkan pisang tersebut sehingga hancur
- Masukkan kismis yang telah dicincang tadi dan gaul sebati
- masukkan minyak masak 3 sb kedalam dan
- masukkan 1/2 sudu teh serbuk penaik
- masukkan tepung gandum unbleached
- tuang susu krim penuh 1/4 cawan sehingga adunan lembut
- isikan bancuhan adunan separuh atau 3/4 aluminium cup
- hiaskan dengan buah pisang yang dipotong nipis dan kismis
- bakar pada suhu 150 darjah, api atas bawah selama 25 minit
- Tadaaa! Dah siap menu untuk snacking anak. Mudah kan?

Boleh juga tonton versi video kalau nak lebih mudah faham!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


