Berbanding kek lain, kek yang satu dilihat sedikit istimewa. Tanpa bahan penaik, kek cantik, Kek Planta Rainbow ini tetap menjadi malah hasilnya cukup moist, lembap dan sedap. Bukan itu sahaja malah gabungan warna yang digunakan juga cukup cantik, anak-anak pasti suka. Tidak hairanlah namanya Kek Planta Rainbow.
Kek sedap dan paling mudah disediakan ini dihasilkan oleh Fiza Omel menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Chef Azmin Zain. Memang sedap dan terbaik. Malah nak buatnya pun cukup mudah. Nak tahu macam mana kek tanpa bahan penaik ini dihasilkan, jom cuba untuk raya nanti!
Alhamdulillah saya dah try buat resepi dari chef Azmin Zain, Kek Planta Rainbow. Tanpa bahan penaik tapi ia tetap naik gebu dengan jayanya.
Satu adunan yang chef bagi saya bagikan dua.
Bahan-bahan:
4 biji telur
250g gula halus manis 220g sederhana manis
250g majerin pelangi / planta
250g tepung gandum cap bunga ros
70g/ml susu cair / susu full cream
1 penutup esen vanilla
Masukkan tepung sikit demi sikit diserta sekali dengan susu cair selang seli. Bahagikan beberapa bekas ikut warna kesukaan kita.
Sapukan loyang dengan majerin dan lapikkan kertas minyak.
Saya guna loyang saiz 7 bakar suhu 160 api atas bawah 1 jam 20 minit. Bergantung pada oven masing-masing ye.
Try dulu bakar suhu 160 45 minit, ambil lidi bersih cucukkan kat permukaan tengah. Bila keluarkan lidi bersih cantik bermakna kek dah masak.
Terimakasih chef atas resepinya…
Resipi wajib cuba: Wow Sedapnya Burnt Cheesecake Strawberry Yogurt Ni Paling Senang Nak Buat, Confirm Jadi!