Kek raya dengan santan? Macam mana tu? Bosan dengan kek marble biasa, apa kata kali ini ada ubah pula dengan kek marble bersantan, air tangan cikgu Azlina Ina yang cukup popular di media sosial.
Bukan sahaja sedap dan berlemak bahkan paling mudah hendak di sediakan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A (suka pakai nutriplus)
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1 sk esen vanila
1/2 kotak kecil santan kara
2 cawan tepung self rising
1 cawan/180g butter yg di cair kan
1 sb emolco pandan coconut
1 sb pewarna hijau apple
Mix sebati sampai gebu telur, gula, ovalate, esen vanila, santan serta tepung self rising.
Last sekali masukkan butter yang di cairkan. Kacau rata.
Ads
Bahagikan 2 bahagian. Satu bahagian ori satu bahagian letak 1 sb emolco pandan coconut dan 1 sb pewarna hijau apple.
Kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper.
Letak satu-satu senduk adunan sampai habis.
Ads
Panaskan oven 5 minit dan masukkan kek. Set masa 160-170 selama 45-55 minit, api atas bawah. Gunakan rak no 2 dari bawah.
Bila dah masak, terbalikkan atas redai dan biarkan 1 jam baru terbalik kan semula ya. Masa terbalikkan tu tak yah bukak loyang ok. Dah nak letak board baru bukak loyang ok.
Jika mama pening untuk naikkan berat badan anak, mama boleh cuba letak keju sebagai makanan tambahan dalam menu yang anak mama makan dan mama akan lihat hasilnya memandangkan keju sangat tinggi kandungan lemaknya.
Kalau mama buntu, mama boleh cuba resipi ini.
Salah satu feberet anak saya, makaroni cheese goreng..cuba lah mana anak-anak mama suka kan.
Bahan-Bahan:
1.Makaroni (Direbus)
2.Cheese(Beqa Tatura Cream Chesee) (3 SB)
3.Susu Full Cream GoodDay (1 Cawan)
4.Bawang Holland (sikit saja)*
5.Bawang Putih (2 ulas)*
6.Isi Ayam (tak kisah banyak mana)*
7.Carrot atau tak kisah sayur apa *
8.Unsalted Butter / Minyak Masak * (2/3 SB)
9.Tomata* (sedikit)
10.Celery* (sedikit)
11.Air masak (3/4 cawan)
Cara penyediaan:
Tumis semua semua yang bertanda *
Masukkan Makaroni
Masukkan Susu Full Cream Dan Air Masak
Masukkan Cheese, Kacau Siap..
Cheese elok sangat-sangat untuk tambah berat baby ya..anak saya 2 hari nak masuk 8 bulan..tapi saya dah ajar 7 bulan lebih cheese.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang bulan Ramadan, ibu menyusu memerlukan tenaga yang lebih. Jadi pemakanan seimbang penting untuk memastikan ibu lebih bertenaga dan pengeluaran susu lancar.
Bagi ibu menyusu yang mahu terus bertenaga sepanjang hari, resipi berasaskan oat boleh cuba terutama ketika bersahur.
Oat mango smoothie ni sesuai untuk ibu-ibu menyusu yang payah nak telan oat. Yang suka sejuk tu, bolehlah tambah seketul dua ais, memang umphh!
Macam-macam lagi resepi sahur bersama Nad Masrom sambil mencuba resepi bersahur jangan lupa ambil air mencukupi, makan sumber karbo yang baik, ambil kurma, inshaa Allah mommies semua kuat ya.
Resepi sahur bagi mommies yang menyusu sangat-sangat membantu bagi mommies yang tidak menyusu pun tiada masalah tiada masalah perut berbunyi sepanjang berpuasa.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aiskrim yogurt buah-buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula. Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah-buahan dan yogurt sebagai bahan, tiada gula & garam digunakan, jadi ia mesra bayi!
Tidak salah jika anda ingin memperkenalkan makanan selain bubur dan puri kepada bayi. Misalnya aiskrim buatan sendiri ini menggunakan buah-buahan sebenar dan kurma sebagai perasa dan yogurt sebagai bahan asasnya. Ia bukan sahaja sedap, tapi khasiat di dalamnya juga diperoleh si manja. Boleh disajikan sebagai snek.
Puan Faizah Abdul Majid berkongsi resipi ini. Dia telah menggunakan buah naga, avokado dan pisang dalam pembuatan aiskrim ini. Berikut ialah perkongsian beliau;
Harini Nadhif Mateen makan aiskrim yogurt home made flavor Dragon Fruit, Avocado & Pisang.
Kawan-kawan pun boleh cuba aiskrim ni sebab tiada gula, garam, pengawet dan pewarna/perisa tiruan.
Resipi Aiskrim Yogurt Buah-Buahan Homemade
Bahan-bahan
3 bahan sahaja yang diperlukan
Natural yogurt
Kurma/puri kurma
Buah-buahan sesuka hati
Cara penyediaan
Lenyekkan/kisarkan buah.
Campurkan puri kurma & sudu Natural Yogurt.
Masukkan ke dalam peti ais.
Aiskrim ini sesuai untuk 8 bulan ke atas & dicadangkan untuk bayi yang tengah dalam fasa tumbuh gigi.
Kepada ibu bapa, jangan cemas apabila najis anak berwarna pink atau purple selepas mengambil buah naga. Memang normalnya ia begitu.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.