Pening memikirkan kek sarang semut yang tidak berapa menjadi sarangnya. Tak perlu pening-pening, resipi kek sarang semut yang dikongsikan Pn Syafawatie Yatiey ini mudah.
Adunan tak perlu diperam lama, hanya kacau dengan whisk dan terus kukus. Cukup cantik kejadiannya. Mama wajib cuba!
Siapa peminat kek sarang semut @ kek gula hangus ni? Ehhh geram pulak tengok lubang lubang tu. Geram nak garu. Nahh saya share resepinya. Tak payah peram pun, terus kukus. Senang.
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sb marjerin/butter
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
Esen vanilla
Hanguskan 1 cawan gula sampai perang.
Gula dah perang, masukkan 1 cawan air panas. Hati-hati masa tuang air tu. Dia meletop-letop. Tuang sikit sikit ja tau.
Masukkan 2 sudu marjerin/butter. Biarkan larut semua. Ketepikan.
Dalam bekas yang lain, pecahkan 4 biji telur, 1 cawan susu pekat. Kalau tak nak manis, letak 3/4 cawan ja. Esen vanilla sikit. Kacaukan sampai sebati. saya guna whiskk ja.
Masukkan 1 cawan tepung gandum bersama 2 sudu kecil soda bikarbonat. Kacau sampai sebati.
Dah sebati adunan tepung tadi. Masukkan air gula perang tadi. Kacau lagi bagi sebati macam ni.
Tapis adunan. Masukkan ke dalam loyang. Loyang ni saya guna size 5 ja. Kukus selama 45 minit. Pastikan air betul-betul mendidih & kukus dengan api yang besar.
Ni yang dah siap kukus. Angkat ja biarkan 2 minit terus keluarkan daripada loyang. So ini lah hasil nya.
Menarik: Resipi Kek Apam Susu, Mudah & Simple, Blend Semua Bahan & Kukus Sahaja
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)