Setiap kali kita menyediakan kek di rumah pasti sedikit suapan diberikan pada bayi kita. Kek biasa yang dihasilkan kita sebenarnya kurang sesuai kerana mengandungi gula serta garam di dalam mentega. Mahu lebih yakin dan selamat, apa kata kita cuba hasilkan sendiri kek khas untuk bayi kita. Lebih selamat.
Banana Oat Cake dengan campuran pisang dan oat ini bukan hanya paling selamat untuk bayi bahkan bahan utamanya iaitu oat dan pisang cukup berkhasiat dan mengenyangkan bayi kita. Resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini juga cukup ringkas. Cuti hujung minggu ini, apa kata anda manfaatkan dengan menyediakan kek buat si kecil.
BANANA OAT CAKE VERSI BABY
Bahan Bahan :
Untuk Kek :
5 sb organik rolled oat
1 sk serbuk penaik
Bahan A :
1/2 cawan susu segar
3 biji pisang emas
1 biji telur gred A
1 sb madu ( 1 tahun ke atas )
Untuk Topping Coklat :
1/4 cawan serbuk koko ( unsweetened cocoa )
1/4 susu segar
1 sb mentega tanpa garam
2 sb madu ( 1 tahun ke atas )
Panaskan kukusan. Kisarkan oat menjadi serbuk dan satukan bersama serbuk penaik. Kacau rata. Ketepikan seketika.
Kemudian satukan ke semua Bahan A dan kisar sebati. Tuangkan Bahan A ke dalam serbuk oat tadi. Kacau rata.
Oleskan acuan/loyang dengan sedikit minyak, tuangkan adunan dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak , keluarkan daripada acuan dan biarkan sejuk.
Untuk topping coklat pula, satukan ke semua bahan kecuali madu ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi likat.
Tutupkan api, masukkan madu dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum dituang ke atas kek. Siap dihidang.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina.
Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Menarik: Bubur Ayam Jadi Lebih Sedap Terangkat Dengan Tambahan Bahan Special, Memang Power!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI