Kek Span Pandan Bersantan. Guna Sukatan Cawan, Gebu & Lembut Teksturnya

Share

Tak tahu nak makan apa untuk minum petang bersama keluarga, selain buat cucur atau kuih, pilihan lagi mudah adalah dengan menyediakan kek. Salah satu kek yang boleh disediakan adalah kek span pandan.

Kek ini bukan saja orang tua yang suka tetapi anak-anak pun akan menggemarinya. Tak muak dan rasanya memang sedap. Dapat minum dengan air kopi atau teh tak cukup sekeping.

Kalau tak mahu rasa pandan, boleh buat perasa coklat atau vanila. Ikut pada citarasa masing-masing. Berikut antara perkongsian resepi Zura Zul untuk anda cuba.

Kek Span Pandan Santan

Bahan-bahan:

4 biji telur gred B
1 cawan tepung self raising
1 sb ovellete
1/3 cawan santan kotak
3/4 cawan gula kastor
1 sb serbuk pandan coconut
2 titis pewarna hijau
5 sudu minyak masak

Cara-cara:

– mix semua bahan kecuali minyak
– sis guna stand mixer.. speed max 6 – 7 minit
– masuk minyak kaup balik-balikkan bagi sebati
– loyang 8×8 sapu butter/marjerin.. kemudian alas dengan baking paper

– tuang adunan dalam loyang.. hentak-hentak seketika untuk buang angin.. bakar pada suhu 170’C 45 minit
– keluarkan terus kek dari loyang
– potong ikut suka

Kredit: Zura Zul

Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy