Kek Span Tembikai Moist, Lembut Dan Terlajak Gebu! Tak Sampai Sehari Boleh Habis Licin

Share

Kek span antara kek kegemaran anak-anak kerana rasanya yang lembut dan berlemak ditambah pula dengan hiasan yang menarik di atas kek tersebut!Β 

Kali ini kami kongsikan resipi kek span tembikai yang sangat sedap dan moist. Jom ikuti resipi ini.

Habis kita sumpah jadi tembikai πŸ‰πŸ‰πŸ˜†πŸ˜†Kek Span Tembikai..moist, lembut & terlajak gebuss..Tak sampai sehari habis licin πŸ˜πŸ˜‹

πŸ‰KEK SPAN TEMBIKAIπŸ‰

Meringue
πŸ‰ 6 biji putih telur gred A
πŸ‰ 1/2 cawan gula kastor
πŸ‰ 1 sudu teh cream of tartar (kalau tak ada boleh skip..boleh jugak di ganti dengan 1 sudu besar jus lemon)

Kek
πŸ‰ 6 biji kuning telur gred A
πŸ‰ 1/2 cawan santan pekat
πŸ‰ 1/2 cawan minyak masak
πŸ‰ 1 sudu teh esen vanila
πŸ‰ 1 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
πŸ‰ Pewarna merah, hijau & putih (saya guna pewarna gel)
πŸ‰ Coklat chips @ kismis sebagai biji tembikai

Cara penyediaan:

Meringue

πŸ‘‰ Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian, masukkan cream of tartar. Pukul sebati
πŸ‘‰ Masukkan gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil pukul hingga kental & bertanduk (stiff peak) Ketepikan dulu

Kek
πŸ‘‰ Satukan kuning telur, santan, minyak & esen vanila. Pukul hingga kembang selama 5 minit
πŸ‘‰ Kemudian, masukkan tepung. Pukul hingga sebati saja dalam 30 saat
πŸ‘‰ Campur meringue sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan & sebatikan.

Bahagikan kepada 3 bahagian & campur pewarna. Masukkan ke dalam piping bag

πŸ‘‰ Alas loyang saiz 9 inci dengan baking paper di bahagian bawah & tepinya. Picit adunan hijau di sekeliling loyang sebagai kulit luar tembikai. Picit pula adunan putih di bahagian dalam sebagai kulit dalam tembikai. Akhir sekali picit adunan merah di tengah-tengahnya sebagai isi tembikai. Ulang langkah yang sama hingga penuh loyang

πŸ‘‰ Setelah siap picit, hentak-hentakkan loyang kek untuk buang gelembung udara. Masukkan ke dalam loyang yang lebih besar & tuang air panas ke dalamnya sebanyak 1/4 daripada loyang. Bakar dengan cara water bath pada suhu 150Β°c selama 1 jam atau bila di cucuk dengan lidi ia keluar bersih, bermakna kek sudah masak
πŸ‘‰ Bila kek sudah masak, terus keluarkan dari oven & telengkupkan ke atas board @ pinggan. Angkat loyang & buka baking paper
πŸ‘‰ Hiaskan dgn coklat rice @ kismis sebagai biji tembikai. Sedap di makan sejuk2-sejuk dari peti ais.

Kredit: Nor Al Fatihah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Published by
NuFa