Sepanjang musim PKP ini, permintaan ‘Box Of Happiness’ yang mana siap dijual dengan kek dan cream untuk dihias sendiri baik untuk kita yang dewasa mahupun kanak-kanak ini laris terjual. Mesti seronok anak-anak boleh hias kek sendiri kan?
Tak perlu beli, apa kata kita buat sendiri kek span vanila dan buttercream untuk anak-anak hias. Jom cuba resipi perkongsian Pn Noratiqah Nordin ini.
Resepi kek span vanila dan resepi buttercream. Sekarang tengah hot dengan kek deco sendiri kan. Diy kek. Ika nak share resepi kek span dan buttercream semudah ABC.
Bahan-bahan kek span vanila
300g margerin
300g gula kastor
6 biji telur
320g tepung naik sendiri
1 sudu besar esen vanila
250ml @ 1 cawan susu atau air
Masukkan gula dan margerin. Pukul hingga gebu putih.
Dah gebu. Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan tepung berselang selikan dengan susu/air.
Berselang seli dengan tepung hingga habis tepung dan susu.
Siap untuk di bakar. Lupa amik gambar yang dah di bakar. Suhu 150 dan bakar 45 min atau hingga masak.
Bahan-bahan buttercream
500g margerin pelangi
300g gula aising (diayak)
2 sudu besar esen vanila
Mix semua hingga gebu dan hingga tak ada tekstur gula aising.
Siap!
Menarik: