Rasa nak makan pencuci mulut manis-manis, ini antara salah satu pilihan yang boleh dibuat waktu hujung minggu. Nampak je susah nak buat, tapi sebenarnya taklah rumit. Asalkan ada bahan-bahan utama, semuanya jadi mudah.

Bagi yang pertama kali nak cuba buat Kek Tornado ni, boleh follow resipi ni. Lagi senang bila buat dalam bekas kecil. Anak makan pun tak lah bersepah sangat.

Berikut resipi yang dikongsikan oleh Fatimah Saari dan bolehlah di cuba. Letak dalam peti sejuk memang sedap tak terkata.

RESEPI KEK TORNADO VIRAL

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat *(guna 1 cawan tepung je untuk kek lagi moist)*
*(kalau tak ada boleh pakai tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu keping baking powder..ayak)*
1/2 cawan serbuk koko@ boleh ganti dengan milo kalau tak ada serbuk koko/coklat
1/4 cawan air panas

IKLAN

Cara-cara:

1. pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata)
2. masukan minyak masak *(kacau biar sebati)*
3). masukkn tepung + baking powder + soda bicarbonat
4). masukkn serbuk koko/coklat/milo
5). last skali masukkn air panas kacau rata.
6). bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit brgantung pda thap kepanasan oven anda. klau nk kukus blh kukus 40-45minit.

👉(tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer..just kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu)*

UNTUK CREAM CHEESE

Bahan-bahan:

250 gram cream cheese
60 ml whipping cream *(nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream yea)*
3-4 sudu besar susu pekat *(nak manis @ kurang manis boleh lebih @ kurangkan)*

Cara-cara:

1). mixer cream cheese smpai lembut
2). tambahkn susu pekat *(rasa tahap kemanisan yg anda suka)*
3). masukkn whipping cream dan mixer smpai gebu n ringan.

BAHAN COKLAT GANACHE

100ml whipping cream
250gram milk compound
2sb mentega/majerin
*(double boiler smpai sebati last skli masukkn marjerin)*

*Selamat Mencuba

Kredit: Fatimah Saari

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)