Selamat hari ulang tahun ke 31 buat daddy Fatima, Fattah Amin yang menyambutnya semalam, 14 September dengan serba sederhana.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya kek comel dan kreatif lagi ‘rare’, idea Fazura sendiri buat Fattah.
Pada majlis bertemakan warna biru putih itu, Fazura telah menempah dua kek yang sangat unik iaitu berbentuk katil dengan dua patung menggambarkan ayah dan anak iaitu Fattah dan Fatima yang sedang tidur.
Paling menarik rupanya kek yang dihasilkan itu adalah situasi yang benar-benar berlaku, bila mana Fatima tidur di atas kepala daddynya. Cute!
Menerusi Instagramnya, Fazura turut berkongsi sekeping gambar bagi menggambarkan aksi sebenar anak beranak itu. Maka terhasillah kek comel penuh kreatif.
Selain kek comel itu, Fazura turut menempah satu lagi kek dengan hiasan udang dan petai yang menjadi kegemaran suaminya.
Fazura turut membingkas ucapan penuh bermakna buat suami tercinta menerusi Instagram.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut pasangan ini amat tertarik dengan kek yang dikongsikan Fazura. Tidak ketinggalan turut membingkaskan ucapan hari lahir buat Fattah.
“Cake tu rupanya betul terjadi ya, Fatima tidur atas kepala daddy. Happy birthday!
“Cute pic last, gepren dedi. Happy birthday Fattah, semoga berbahagia dengan Kak Faz dan Fatima tercomel. Semoga Allah melindungi keluargamu. Aamiin.”
“Hahahahah ingat ke gambar ketiga tu patung atas katil. Rupanya cake!”
Terdahulu pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2017. Kehadiran cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada Oktober tahun lalu melengkapkan bahagia pasangan ini.
Menarik: Tak Boleh Keluar Hanya Duduk Rumah, Sistem Imuniti Anak Terjejas
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @missfazura