Kek Unicorn Warna-Warni, Nak Buat Mudah. Anak Mesti Suka!

Share

Hujung minggu ni jom isi waktu lapang anak-anak dengan buat sendiri Rainbow Unicorn Cakes resipi paling mudah dan senang. Anak-anak confirm suka!

Salam anak-anak mak. Mak ajar kan kek yang menarik minat anak-anak dan sedap lembut dimakan. Mudah sangat semua boleh buat jom mak ajar ya.

Rainbow unicorn cakes

Bahan-bahan

  • Cairkan butter 120g, ketepikan
  • 5 biji telur
  • 1 sb ovalate
  • 2 cawan self rising
  • 60g susu segar
  • 180g gula halus
  • Esen vanila

Cara penyediaan

  • Mix sampai gebu. Masukkan butter kacau dan bahagikan beberapa colour. Guna loyang 5 atau 6inci ya.
  • Lapik dengan baking paper. Isi 1/4 loyang dan bakar suhu 180 masa 15 minit. Ulang semua colour smpai siap.
  • Biarkan sejuk ya. Cream dia fresh cream apa-apa jenama. Mix kental. Masuk lebih piping beg cream perasa ori. Boleh tambah sket esen vanila kalau nak. Yang lain cream letak dalam bekas. Masuk pewarna soft-soft je kacau.
  • Masuk piping beg dalam isi cream basic putih je ye. Yang luar baru cream bercolour.
  • Dah siap masuk chiller ya. Makan sejuk-sejuk 🥰🥰

Kredit: Azlina Ina

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa