Dalam dunia moden yang semakin sibuk dan serba cepat, kesihatan fizikal sering menjadi keutamaan bagi ramai individu. Satu aspek penting yang kerap menjadi fokus adalah berat badan dan bentuk tubuh.
Bagi sesetengah orang, menjaga berat badan dan bentuk tubuh ideal bukanlah sekadar isu estetik, tetapi ia juga berkait rapat dengan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Untuk kaum wanita khususnya yang sudah bergelar ibu, bentuk badan yang berubah selepas melahirkan anak menjadi satu topik yang sensitif dan memberi kesan kepada emosi mereka. Selain itu, masalah selulit juga antara perkara yang membuatkan para ibu semakin stres dan kurang keyakinan diri.
Kenapa Kena Jaga Kesihatan?
Menjaga berat badan yang sihat dan bentuk tubuh yang ideal adalah langkah penting dalam memastikan kesihatan yang baik. Berat badan berlebihan atau kurang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan masalah musculoskeletal (berkaitan tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan).
Oleh itu, bagi para ibu yang prihatin tentang kesihatan mereka, mengekalkan berat badan yang ideal menjadi satu keutamaan. Apatah lagi seorang ibu menjadi tunggak dalam rumah tangga, perlu sentiasa berada dalam kondisi terbaik untuk menjaga suami dan anak-anak.
Faktor Psikologi & Emosi
Selain dari kesihatan fizikal, ada juga aspek psikologi dan emosi yang terlibat dalam keperluan untuk menjaga berat badan dan bentuk tubuh. Masyarakat moden sering kali mengekalkan pandangan yang sangat berbeza tentang kecantikan dan penampilan fizikal.
Ini boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan kepada sesetengah ibu untuk sentiasa mengekalkan atau mencapai standard yang ditetapkan oleh masyarakat.
Banyak Cabaran Nak Langsing & Sihat
Walaupun terdapat kesedaran tentang kepentingan menjaga berat badan dan bentuk tubuh yang sihat, banyak cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang ingin mencapai matlamat ini.
Gaya hidup yang sibuk, kekangan masa, dan kekurangan pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang adalah antara cabaran utama yang dihadapi.
Ads
Selain itu, tekanan dari media sosial dan persepsi masyarakat turut menjadi faktor yang mengekang usaha untuk mencapai berat badan dan bentuk tubuh yang diingini.
Kembalikan Keyakinanmu di Curvena!
Tahukah anda, rawatan Cellufirm-K Cellulite and Toning Treatment di Curvena dapat membantu para ibu atau sesiapa saja yang berusaha untuk menurunkan berat badan dan membentuk tubuh supaya lebih langsing tanpa perlu rasa sakit. Lebih baik lagi, rawatan ini juga dapat memudarkan selulit yang ada di bahagian tubuh para ibu!
Dengan menggunakan teknologi anti-selulit 3-dalam-1 dari Korea Selatan, Curvena menggabungkan EMS FlexiFlow baharu, Vaculift dan Heatpulse untuk mengurangkan selulit pada badan, menyokong pertumbuhan otot, dan memecahkan sel-sel lemak.
Ini menghasilkan peningkatan bentuk otot yang lebih baik pada paha, perut, pinggang, dan punggung, metabolisme yang lebih baik serta membantu untuk mencantikkan kulit badan.
Ads
Bagaimana Proses Rawatan Dibuat?
Sebaik saja anda berbaring di katil yang selesa, terapis Curvena akan memulakan proses membentuk tubuh.
Vaculift
Menghaluskan selulit badan melalui gabungan teknik penyerapan dan urutan.
2. EMS FlexiFlow
Mesin merangsang pertumbuhan otot untuk peningkatan metabolisme.
3. Heatpulse
Menggunakan haba terkawal untuk membakar sel-sel lemak yang degil dan merangsang penghasilan kolagen di paha, perut, pinggang, lengan atas, dan kawasan lain.
Sepanjang rawatan secara konsisten, anda akan perlahan-lahan melihat kulit badan menjadi tegang dan bentuk tubuh yang cantik akan kelihatan.
Ads
Rawatan Cellufirm-K Cellulite and Toning Treatment di Curvena ini selamat dan tak menyakitkan. Tiada penggunaan dadah atau kesan sampingan sepanjang proses rawatan. Paling menarik, proses rawatan menenangkan tanpa perlu bergelut dengan rasa sakit dan tidak selesa.
Mesin yang digunakan berteknologi tinggi dan mendapat pengesahan pakar serta terapis juga dilatih dengan baik untuk mengendalikan proses rawatan.
Bagi ibu yang bekerja dan mengimpikan untuk menyusu bayi dengan susu badan sepenuhnya sudah tentu terdetik rasa risau adakah mampu atau tak memberi susu ibu hingga anak berumur dua tahun. Disebabkan fikir hal ini, emosi ibu sedikit terganggu.
Memang ibu akan risau tetapi anda harus faham perjalanan penyusuan susu ibu perlulah menyeronokkan dan tidak boleh stres. Antara faktor utama penyusuan anak sehingga 2 tahun tidak tercapai kebanyakannya disebabkan oleh kesibukan ibu bekerja dan kekurangan stok susu serta jumlah susu yang dikumpul semasa sesi mengepam tidak banyak.
Faktor-faktor inilah boleh menyebabkan ibu mula putus asa dan kemudian menyebabkan pengeluaran susu semakin berkurangan. Oleh itu, pentingnya untuk ibu bekerja menjaga jadual pam susu secara konsisten.
Contohnya, bila ibu sibuk bekerja, sesi mengepam yang sepatutnya 3 jam sekali tertangguh dan kadang-kadang lebih dari 4 atau 5 jam. Bila tidak konsisten, signal untuk menghasilkan susu tidak dapat dihantar kerana susu sedia ada tidak dikosongkan dari payudara. Bila dah jadi macam ni, dari sehari ke sehari pengeluaran susu merudum dan akhirnya ibu kecewa.
Untuk pastikan ibu dapat capai target, ada cara terbaik yang boleh buat anda terus tersenyum dan berpuas hati dengan penghasilan susu selain menjaga waktu mengepam.
Salah satunya adalah penggunaan breast pump bagi memastikan penghasilan susu secara konsisten. Breast pump bukan sahaja diperlukan oleh ibu bekerja, tetapi ia boleh digunakan jika ibu berjauhan dengan bayi atau terdapat keadaan yang memerlukan ibu untuk mengepam susu.
Bagi ibu yang masih tercari-cari breast pump yang terbaik, LacFree Wearable Breast Pump pilihan tepat untuk anda.
Produk terbaik, teknologi diperbaharui
Produk terbaru dari Shapee iaitu LacFree Wearable Breast Pump ini merupakan produk yang telah diperbaharui teknologi motornya. Penggunaan LacFree Breast Pump ini amat memudahkan kerja seharian dan dalam pada yang sama dapat memastikan bekalan susu badan sentiasa ada dan konsisten.
Kecil, ringan dan mudah untuk disimpan
Ia dicipta dengan bentuk yang kecil & ringan bagi memudahkan penggunaan dan simpanan. Dengan silicon shield yang lembut, ia dapat memberikan keselesaan sewaktu proses penghasilan susu dan dapat melekap dengan sempurna pada payudara ibu.
Dilengkapi 2 mod – Urutan stimulasi & pam susu
Dilengkapi dengan 2 jenis mod iaitu urutan stimulasi & pam susu. Mod urutan stimulasi digunakan untuk merangsang penghasilan susu sebelum memulakan penyusuan atau pam. Untuk mod pam susu, sedutan yang dihasilkan adalah seperti corak bayi menghisap susu. Setiap mod boleh dilaras tekanan sedutannya untuk keselesaan ibu.
Penggunaan breast pump dapat membantu ibu yang mengalami masalah inverted nipple dengan mengaktifkan mod Expression. Malah ia dapat membantu mengurangkan masalah mastitis dan engorgement dengan mengaktifkan mod urutan stimulasi sebelum memulakan proses pam susu.
Boleh digunakan tanpa wayar
Walaupun dengan saiz yang kecil, ia boleh digunakan tanpa wayar dan sangat mudah untuk dipasang. Jadi, ibu tidak lagi perlu membawa banyak aksesori pam susu yang berwayar dan mengambil masa yang lama untuk dipasang.
Mudah kan? Bagi setiap pembelian, ia didatangkan khas dengan 1x USB Cable, 1x tali bra boleh laras dan 1x valve secara percuma. Pembeli akan diberikan waranti selama setahun.
Sempena menyokong minggu penyusuan susu ibu sedunia dan meraikan ibu-ibu hebat yang komited dalam menjayakan susu ibu, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma BF Party eksklusif bersama Mira Filzah.
Program yang dihadiri seramai 60 ibu hebat ini diserikan oleh NUFIYA satu jenama yang tidak asing lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Seperti sedia maklum, jenama NUFIYA sentiasa membantu para ibu untuk terus berjuang memberikan ‘titisan emas’ kepada si manja.
Sepanjang Pa&Ma BF Party ini berlangsung, Mira Filzah, Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi) Puan Nad Masrom (Kaunselor Laktasi) yang sering memberi konsultasi kepada ibu-ibu menyusu termasuk selebriti terkenal Neelofa dan Ika Nabella (Selebriti/Pembimbing Penyusuan Bertauliah) telah diberi penghargaan khas – Pa&Ma BF Hero Appreciation.
Masing-masing telah berkongsi pengalaman sepanjang penyusuan mereka sebagai motivasi buat ibu-ibu yang berusaha untuk memberi yang terbaik untuk bayi.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Mira Filzah.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Dr Maiza Tusimin.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Ika Nabella.Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza menyampaikan cenderamata kepada Puan Nad Masrom.
Pengalaman ini semestinya memberi inspirasi kepada peserta yang hadir dan pengikut setia Pa&Ma.
Selain slot Pa&Ma BF Hero Appreciation, Pengasas NUFIYA, Puan Yaya Suhaimi turut berbesar hati berkongsi serba sedikit perjalanan NUFIYA menyokong penyusuan susu ibu dan perkongsiannya itu menjadi pembakar semangat untuk semua ibu-ibu terus memberikan susu ibu kepada anak masing-masing.
Editor Pengurusan Family & Parenting Ideaktiv Puan Wan Erni Liza memberi jambangan bunga kepada Puan Yaya Suhaimi.
Menurut Puan Yaya, penyusuan susu ibu ini kunci kejayaannya adalah nawaitu (niat). Seperti pengalaman saya sendiri, masa awal-awal memang ada alami masalah susu tak cukup.
“Jadi jiran sebelah rumah berbangsa Cina cadangkan beli longan di kedai tabib Cina. Bila saya beli dan cuba rebus, minum air longan tersebut rasanya tak sedap. Saya cuba olah bagi sedap dan syukur kena dengan citarasa. Sehingga tempoh dua tahun minum, memang susu sangat meriah sekali walaupun pada awalnya sangat risau.
“Pada 2017, saya keluarkan produk sendiri jenama NUFIYA, dan mendapat sambutan sangat menggalakkan. Mula dari serbuk, sekarang dihasilkan dalam bentuk jelly untuk memudahkan semua ibu tanpa perlu membancuh,” katanya.
NUFIYA yang diasaskan oleh Puan Yaya turut berhasrat menjadi teman akrab para ibu menyusu. Dengan NUFIYA pasti susu lebih lancar!
Pa&Ma Support BF Party yang berlangsung di IDEAS Hotel Kuala Lumpur ini turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai tanda terima kasih kepada peserta yang hadir.
Sebagai tanda penghargaan, NUFIYA juga berbesar hati untuk memberikan 400 sample PERCUMA Lactation Jell-Y NUFIYA sementara stok masih ada.
Berbanding dahulu, apa jua yang melibatkan urusan anak-anak, mak ayah perlu mengisi borang panjang lebar untuk mengisi data, kini tidak lagi bila adanya sistem yang lebih baik.
Paling membantu pastinya sistem aplikasi yang dapat membantu menjimatkan masa mak ayah yang sibuk bekerja.
Sistem aplikasi pendidikan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Awfatech Global Sdn Bhd atau Awfatech ini sememangnya banyak membantu urusan ibu dan ayah dalam menguruskan keperluan sekolah anak-anak.
Awfatech yang bernaung di bawah pengurusan syarikat Awfatech Global Sdn.Bhd ditubuhkan pada 26 Disember 2012. Syarikat yang beroperasi lebih 12 tahun ini menguruskan pengisian data dan juga system aplikasi pelbagai perniagaan terutama dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Aplikasi dan sistem perisian maklumatnya paling mudah digunakan malah menyenangkan ramai pihak terutama ibu bapa.
Tidak hairanlah bila jenama ini turut dipilih sebagai penerima anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 sebagai Pengisian Data & Sistem Aplikasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma.
Servis Terbaik Dan Diyakini
Awfatech yang berpengkalan di Subang Jaya ini turut mempunyai satu cawangan lagi bagi menguruskan pelbagai perniagaan.
Menawarkan servis yang terbaik kepada penggunanya, Awfatech membangunkan sistem pengurusan bagi industry pendidikan terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak, industri bisnes dan komuniti di seluruh Malaysia.
Sehingga kini, Awfatech mengendalikan sistem ASIS iaitu Sistem Pengurusan Sekolah Bersepadu yang cekap dan menyenangkan ibubapa.
Jenama yang satu ini juga turut memperkenalkan sistem EBOSS iaitu Sistem Pengurusan Perniagaan Bersepadu, khususnya untuk para peniaga menguruskan pelbagai perkara.
Tidak hanya disitu bahkan Awfatech juga turut mengendalikan sistem E-MASJID iaitu Sistem Pengurusan Masjid Bersepadu yang memudahkan orang ramai.
Awfatech melengkapkan fungsinya bila mana turut mengendalikan sistem MYSTRATA iaitu Sistem Pengurusan JMB:MC/Komuniti Bersepadu yang memudahkan semua penduduk berurusan dengan lebih baik.
Kesemua sistem yang digunakan ini sememangnya menggunakan teknologi terkini dan perkomputeran awan yang selamat dan lengkap malah bersifat Real-Time yang boleh digunakan pada bila-bila masa.
Sebarang khidmat dan servis, layari https://awfatech.com atau menerusi Facebook: Awfatech Malaysia serta Instagram Awfatech sendiri. Hubungi talian 03-80234361 atau talian 019-383 2823.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acara merentas desa merupakan aktiviti tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh para pelajar. Namun, jika melihat kepada rekod terdahulu, terdapat kes pelajar yang mengalami komplikasi...