Dalam dunia moden yang semakin sibuk dan serba cepat, kesihatan fizikal sering menjadi keutamaan bagi ramai individu. Satu aspek penting yang kerap menjadi fokus adalah berat badan dan bentuk tubuh.
Bagi sesetengah orang, menjaga berat badan dan bentuk tubuh ideal bukanlah sekadar isu estetik, tetapi ia juga berkait rapat dengan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Untuk kaum wanita khususnya yang sudah bergelar ibu, bentuk badan yang berubah selepas melahirkan anak menjadi satu topik yang sensitif dan memberi kesan kepada emosi mereka. Selain itu, masalah selulit juga antara perkara yang membuatkan para ibu semakin stres dan kurang keyakinan diri.
Kenapa Kena Jaga Kesihatan?
Menjaga berat badan yang sihat dan bentuk tubuh yang ideal adalah langkah penting dalam memastikan kesihatan yang baik. Berat badan berlebihan atau kurang boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan masalah musculoskeletal (berkaitan tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan rawan).
Oleh itu, bagi para ibu yang prihatin tentang kesihatan mereka, mengekalkan berat badan yang ideal menjadi satu keutamaan. Apatah lagi seorang ibu menjadi tunggak dalam rumah tangga, perlu sentiasa berada dalam kondisi terbaik untuk menjaga suami dan anak-anak.
Faktor Psikologi & Emosi
Selain dari kesihatan fizikal, ada juga aspek psikologi dan emosi yang terlibat dalam keperluan untuk menjaga berat badan dan bentuk tubuh. Masyarakat moden sering kali mengekalkan pandangan yang sangat berbeza tentang kecantikan dan penampilan fizikal.
Ini boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan kepada sesetengah ibu untuk sentiasa mengekalkan atau mencapai standard yang ditetapkan oleh masyarakat.
Banyak Cabaran Nak Langsing & Sihat
Walaupun terdapat kesedaran tentang kepentingan menjaga berat badan dan bentuk tubuh yang sihat, banyak cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang ingin mencapai matlamat ini.
Gaya hidup yang sibuk, kekangan masa, dan kekurangan pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang adalah antara cabaran utama yang dihadapi.
Selain itu, tekanan dari media sosial dan persepsi masyarakat turut menjadi faktor yang mengekang usaha untuk mencapai berat badan dan bentuk tubuh yang diingini.
Kembalikan Keyakinanmu di Curvena!
Tahukah anda, rawatan Cellufirm-K Cellulite and Toning Treatment di Curvena dapat membantu para ibu atau sesiapa saja yang berusaha untuk menurunkan berat badan dan membentuk tubuh supaya lebih langsing tanpa perlu rasa sakit. Lebih baik lagi, rawatan ini juga dapat memudarkan selulit yang ada di bahagian tubuh para ibu!
Dengan menggunakan teknologi anti-selulit 3-dalam-1 dari Korea Selatan, Curvena menggabungkan EMS FlexiFlow baharu, Vaculift dan Heatpulse untuk mengurangkan selulit pada badan, menyokong pertumbuhan otot, dan memecahkan sel-sel lemak.
Ini menghasilkan peningkatan bentuk otot yang lebih baik pada paha, perut, pinggang, dan punggung, metabolisme yang lebih baik serta membantu untuk mencantikkan kulit badan.
Bagaimana Proses Rawatan Dibuat?
Sebaik saja anda berbaring di katil yang selesa, terapis Curvena akan memulakan proses membentuk tubuh.
Menghaluskan selulit badan melalui gabungan teknik penyerapan dan urutan.
2. EMS FlexiFlow
Mesin merangsang pertumbuhan otot untuk peningkatan metabolisme.
3. Heatpulse
Menggunakan haba terkawal untuk membakar sel-sel lemak yang degil dan merangsang penghasilan kolagen di paha, perut, pinggang, lengan atas, dan kawasan lain.
Sepanjang rawatan secara konsisten, anda akan perlahan-lahan melihat kulit badan menjadi tegang dan bentuk tubuh yang cantik akan kelihatan.
Rawatan Cellufirm-K Cellulite and Toning Treatment di Curvena ini selamat dan tak menyakitkan. Tiada penggunaan dadah atau kesan sampingan sepanjang proses rawatan. Paling menarik, proses rawatan menenangkan tanpa perlu bergelut dengan rasa sakit dan tidak selesa.
Mesin yang digunakan berteknologi tinggi dan mendapat pengesahan pakar serta terapis juga dilatih dengan baik untuk mengendalikan proses rawatan.
Untuk maklumat lanjut tentang rawatan di Curvena, boleh layari laman web https://curvena.com/ atau Instagram curvena.official
Sekiranya anda berminat untuk berkunjung ke Curvena, berikut empat cawangan yang ada:
Mahukan hadiah istimewa dari Curvena? Jom, sertai peraduan Pa&Ma X Curvena ini!