Selepas setahun penuh momen indah membesarkan cahaya mata pertama, pasangan romantis Syed Iqmal dan Hana Ismail kini meraikan ulang tahun pertama puteri kesayangan mereka, Sharifah Fatma Nour, yang genap berusia setahun.
Kehadiran Fatma Nour bukan sahaja mengubah kehidupan mereka sebagai suami isteri, malah membuatkan ikatan cinta antara Syed Iqmal dan Hana semakin kukuh. Dalam perkongsian penuh kasih di media sosial, Hana meluahkan rasa syukur dan kebahagiaannya menyambut hari istimewa ini bersama insan tersayang.
“Selamat Ulang tahun buat kekasih hati Baba & Umi 🎈
“Baba & Umi pernah jatuh cinta, tapi bila lahir kamu, kami jatuh cinta semula namun kali ini lebih dalam dan indah.
“Setahun yang lalu, kami sambut tangisan pertama kamu. Hari ini, kami ketagih dengan setiap tawa kecilmu. Sharifah Fatma Nour cinta hati Baba & Umi,” tulisnya penuh makna.
Ads
Menerusi Instagramnya, Hana dan Syed memuat naik momen bersama ketika menyambut hari lahir puteri kesayangan mereka. Walaupun diraikan secara sederhana namun ia cukup membahagiakan keluarga kecil ini. Si comel Fatma Nour kelihatan begitu comel malah ceria disisi ibu dan ayahnya.
Hana juga turut menitipkan doa agar cahaya mata pengikat bahagia mereka ini menjadi anak yang solehah.
Ads
“Semoga menjadi anak yg solehah dan berbakti pada orang tuamu,” ujarnya.
Bagi pasangan ini, melihat anak membesar sihat dan ceria adalah hadiah paling berharga. Syed Iqmal dan Hana sepakat untuk mendidik Fatma Nour dengan penuh kasih sayang, membentuknya menjadi insan yang bukan sahaja bijak tetapi juga berakhlak mulia.
Kini, di usia setahun, Fatma Nour semakin aktif dan lincah, malah gelak tawanya menjadi penawar penat Baba dan Uminya setiap hari. Semoga Fatma Nour terus membesar dengan sihat, dilindungi Allah SWT dan menjadi kebanggaan keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal lagi dua hari, pasti ada mak ayah yang sedang mencari pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa.
Berpuasa tidak perlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan apa itu puasa, agar lama-kelamaan anak itu sendiri akan timbul minat untuk berpuasa. Inilah yang cuba disampaikan oleh Dr Taufiq Razif melalui satu perkongsiannya di facebook.
Kalau anak kita tak bersedia untuk menyambut Ramadhan, mereka akan: – terkejut – tak selesa – bermalas-malasan – anggap bulan puasa tempat berlapar semata
Padahal bulan puasa ni kalau betul persiapannya, ia akan menjadi bulan yang paling anak kita tertunggu tunggu setiap tahun. Asalkan kita didik dan persiapkan anak kita – kita bagitahu anak kita bulan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi
– kita cerita pada anak kita tentang nikmat dan ganjaran orang berpuasa
– kita bagitahu anak kita bahawa bulan cuma bukan cuma puasa makan semata tetapi puasa juga mata, kaki, tangan, lidah dan seluruh anggota.
– kita persiapkan ruangan khusus untuk baca Al Quran dan berbuka bersama keluarga
– kita hiburkan hati anak anak dengan pengalaman lucu kita berpuasa sewaktu kita di usia muda
InsyaAllah anak yang bahagia berpuasa di awal usia akan bahagia untuk berpuasa di umur dewasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor’ yang kini berada di London dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital kanak-kanak di London dilaporkan dalam keadaan sihat.
Berita baik itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi laman Facebooknya.
“Ainul sihat hari ini. Baru lepas mandi,” katanya ringkas yang turut disertakan sekeping gambar Ainul Mardhiah bersama ibunya, Nurul Erwani Zaidi.
Menurut Safiuddin, perkembangan Ainul akan diberitahu dari semasa ke semasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa bagi semangat dan mendoakan anaknya sepanjang masa.
“Walaupun sebelum ini ramai yang tak mengenali Ainul tapi sokongan dan bantuan yang diterima tak putus hingga membolehkan Ainul menerima rawatan dengan pakar,” katanya.
Pengguna Facebook yang mengikuti perkembangan si kecil ini telah memberi kata-kata semangat kepada Ainul Mardhiah dan kedua ibu bapanya pada perkongsian status berkenaan.
Dalam laporan media sebelum ini memberitahu beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah minggu ini.
Doktor dalam kalangan pakar onkologi pediatrik akan berbincang bagi mencari jalan terbaik merawat bayi itu.
Sama-samalah kita doakan agar ada satu keputusan terbaik buat Ainul Mardhiah yang akan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarganya dan rakyat Malaysia.
Semoga di hari-hari terakhir Ramadan ini seluruh doa orang ramai akan diangkat oleh Allah dalam usaha untuk menyembuhkan anak syurga ini.
Membesarkan anak-anak memang memberikan kita satu seribu pengalaman. Setiap telatah lucu mahupun aneh yang di tunjukkan oleh anak-anak kadang-kala membuatkan kita sendiri rasa nak tergelak. Orang kata ‘macam-macam pe’el’ nak membesar!
Baru sahaja tular sebuah video di tiktok @cyuhameran97 di mana memperlihatkan rakaman anak yang menangis kerana mahu menggigit seliparnya sendiri. Apabila disua dengan susu anaknya itu masih menangis dan tetap mahu menggigit selipar tersebut.
Bermacam reaksi yang dikeluarkan oleh netizen pada ruangan komen. Ramai yang risaukan tentang kebersihan selipar tersebut.
“Ya Allah dik.. Lain mcm dia punya hobi tu”
“bahaya kuman nanti kena jangkitan saluran pernafasan”
“kalau betol2 dia minat selipar..bgi selipar baru la..selipar tu kotor….kuman2”
Tragedi penemuan mayat bayi di Tokyo mengejutkan dunia. Ketahui kronologi, persoalan besar yang timbul, dan mengapa masyarakat perlu lebih peka terhadap keselamatan bayi serta sokongan kepada ibu berisiko.