Ini namanya rezeki! Selama ini dah tak harapkan apa-apa pun, tapi bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua, kegembiraan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Bagi pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun benar-benar pengalaman baru.
Kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Reaksi Norhafizi Mohamed ketika pertama kali dapat tahu isteri hamil
Berkongsi kisahnya itur, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
Kredit: Metro
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Ads
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya. Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Ads
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Ads
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ciuman terakhir dari kedua ibu bapa buat arwah Khaleek Islam, bayi 14 bulan yang maut di rumah pengasuh akibat terjatuh dari katil mengundang sebak ramai.
Mangsa sebelum itu dihantar bapanya berusia 30 tahun ke rumah pengasuh itu kira-kira jam 10.15 pagi.
Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan menerima panggilan daripada isterinya yang memaklumkan anaknya mengalami masalah di rumah pengasuh sebelum dia bergegas ke rumah pengasuh terbabit.
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.
CIUMAN TERAKHIR💋
Ini lah ciuman abi Dan ummi yang terakhir untuk anak kesayangan abi KHALEEL ISLAM♥️
Assalamualaikum semua sahabatku yang mulia.
Sudilah sedekahkan bacaan alfatihah untuk anak ku khaleel Islam bin mohamad Ehafizuddin yang sudah kembali ke rahmatullah. Sesungguhnya adik khaleel ini penghuni syurga ..yang pasti akan berbakti kepada org tuanya kelak..adik panggillah abi Dan ummi nanti di pintu syurga..Abi Dan ummi akan tunggu panggilan adik ♥️🤗
Terima kasih Allah pinjam kan rezeki yang tidak ternilai ini Selama 1tahun 2bulan 29 Hari. Abi Dan ummi serta kakak dhuha sangat gembira dengan kehadiran adik..
kami pasti akan rindu semua gelagat adik ☺️.. Besar Ujian ni dik tapi Abi Dan ummi redho pemergian adik dan yakin dengan qadar Dan qada’ Allah.
Rehatlah adik
Arwah adik khaleel otw balik kerteh 4.siap semua dah Mandi . Kapan . Solat. ALHAMDULILLAH 🤗 Moga Selamat sampai Sana dengan mudah. Aminnnn🤲🥰
Buat Sahabatku mohon doakan kami kuat menghadapi dugaan besar ni
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular sebuah video berdurasi 0:47 saat di media sosial apabila kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolah menyapa ibu ayahnya namun tiada reaksi yang diterima.
Namun situasi berbeza apabila si adik dalam masa yang sama juga pulang dari sekolah disambut dengan pelukan dari kedua ibu bapanya.
Dari rakaman CCTV tersebut jelas menampakan ‘pilih kasih’ yang ditunjukkan dalam keluarga tersebut.
Rata-rata netizen beranggapan bahawa sebagai ibu bapa, mereka tidak sepatutnya mengabaikan perasaan anak-anak mahupun pilih kasih kerana ianya akan memberikan kesan jangka panjang pada emosi anak-anak.
Menurut ahli psikologi, sikap pilih kasih dalam kekeluargaan boleh memberikan kesan kepada anak-anak di usia muda mereka. Sikap pilih kasih ini boleh menyebabkan menimbulkan banyak masalah terhadap adik beradik yang lain. Menurut kajian yang dibuat oleh Bright Side, sikap pilih kasih dapat memecah belahkan kerohanian sesebuah rumah tangga.
1.Ibu bapa dan anak-anak akan merasa bersalah
Ibu bapa sendiri seharusnya tahu bahawa perkara sikap memilih kasih ini tidak perlu diterapkan ketika membesarkan anak-anak kerana kerana ia akan memberi kesan kepada anak sendiri.
Selain itu, kanak-kanak yang lebih disayangi itu akan berasa bersalah dan malu dengan adik beradiknya yang lain. Seterusnya, perasaan merendah diri akan berlaku dalam kalangan adik beradiknya yang lain kerana merasakan terdapat kekurangan dalam diri hingga menyebabkan diri kurang disayangi.
2.Anak-anak yang kurang disayangi akan mengalami trauma psikologi yang menebal.
Setiap anak inginkan perhatian terutama daripada ibu bapanya. Menurut kajian, anak-anak yang kurang disayangi akan berusaha semampu mungkin untuk menarik perhatian ibu bapanya.
Keputusannya, anak-anak akan bertindak agresif dan mudah mengalirkan air mata. Hal ini kerana mereka kerap melihat ibu bapanya mudah berubah emosi membuatkan mereka juga akan mudah beremosi. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak trauma dengan keadaan yang berlaku.
3.Anak-anak akan kurang berjaya dalam pelajaran
Ibu bapa yang bersifat pilih kasih antara anak-anak bukan sahaja berlaku pada masa-masa tertentu. Malah, ketika waktu anak-anak memerlukan perhatian yang lebih seperti waktu peperiksaan.
Hal ini akan memberi kesan kepada peperiksaan anak jika berikan lebih perhatian kepada anak yang lain. Menurut pengkaji, sikap tersebut akan membuatkan anak-anak terluka dan akan mengurangkan perkembangan otaknya.
4. Anak-anak yang disayangi akan bersifat narsis
Sifat anak-anak yang lebih disayangi akan bersifat narsis. Menurut ahli psikologi, terdapat beberapa tanda narsis ada pada anak-anak yang lebih kasih sayang:
Tidak bersyukur dengan kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan ibu bapa
Merasa diri mereka lebih baik daripada yang lain
High expectation daripada orang lain
Sukar untuk mengekalkan persahabatan
5.Anak yang kurang disayangi akan merasa tertekan
Setiap anak tidak suka untuk dibanding-bandingkan akan lebihkan diri dalam bidang akademik. Contohnya, mereka berasa bahawa adik beradik yang lebih disayangi itu lebih cantik. Jadi mereka akan berusaha semaksimum mungkin untuk cemerlang dalam bidang pelajaran.
Mereka merasa diri mereka tidak cukup sempurna jadi anak di mata ibu bapa mereka. Jadi mereka akan mengorbankan masa kanak-kanak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang supaya mereka menonjol di mata ibu bapa mereka.
Perkara ini adalah cerminan atas kelakuan ibu bapa sendiri.
Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.
Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.
sumber gambar: sinar harian
“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.
Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.
Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.
Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.
Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.