Keladi Pokok Hiasan Senang Dijaga. Ada Anak Kecil Janganlah Hias Dalam Rumah

Share

Hiasan pokok dalam rumah bukan saja mencantikkan bahagian dalaman rumah tapi boleh buatkan suasana rumah tenang.

Namun bagi yang ada anak kecil, pemilihan pokok hiasan ni pun penting bagi memastikan keselamatan anak terjaga.

Bagi ibu yang suka pokok tanaman hiasan keladi dalam rumah, anda kena sentiasa hati-hati.

Jika anda memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan SANGAT penting untuk memastikan anak-anak di didik mengenai bahaya pokok hiasan ini.

Tumbuhan yang sangat mudah dijaga ini sebenarnya mengandungi KALSIUM OXALATE. Bahan ini jika dilihat dibawah microscope kelihatan seperti jarum kristal yang tajam.

Sebab itu apabila di sentuh atau dimakan, individu akan mengalami gejala seperti di cucuk-cucuk sesuatu.

Langkah kecemasan jika alami keracunan akibat pokok keladi

– Jika tertelan, jangan paksa muntahkan
– Jika terkena kulit, basuh segera dengan air (jangan letak minyak atau ubat gigi)
– Jika terkena mata, basuh mata dengan air pili selama 15 minit
– bawa pokok bersama ke jabatan kecemasan.

Sumber: Public Health Malaysia 

Published by
Wan Amy