Untitled design (22)

Sudahpun bergelar bapa! Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.

Rizman mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi tadi. Puteri kesayangan ibu dan ayahnya ini diberi nama yang cukup indah, Princess Rizqaa.

Kelahiran Yang Dinanti, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Rizman Kini Bergelar Bapa!

Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam.

Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa.

Rizqaa: A blessing, gift from Almighty,” kongsi Rizman lagi.

Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.

Kelahiran Yang Dinanti, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Rizman Kini Bergelar Bapa!

Titip doa buat anak
Bukan itu sahaja, malah Rizman turut mendoakan kelahiran cahayamata sulungnya itu semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan agamanya kelak.

Ads

“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.

Amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.

Sementara itu, isterinya, Nurida Suraya turut berkongsi kegembiraan ini di instagram miliknya. Comel sungguh Princess Rizqaa. Moga terus membesar dengan sihat!

“Syukur Alhamdulillah . Welcome to the world my baby girl”, kongsinya ringkas.

Ads

Welcome Princess Rizqaa!

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan artis dan selebriti tanahair yang mengucapkan tahniah sambil mendoakan agar kesejahteraan ibu dan baby Rizqaa.

Kelahiran Yang Dinanti, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Rizman Kini Bergelar Bapa! Kelahiran Yang Dinanti, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Rizman Kini Bergelar Bapa!

Semoga baby Rizqaa terus menceriakan dan melengkapkan kehidupan mummy dan daddynya!

Ads

Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.

EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!

Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.

Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.

Kelahiran Yang Dinanti, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Rizman Kini Bergelar Bapa!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Baca: Takut Kena Seluk Banyak Kali Doktor Tak Buat Suka-Suka Ini Sebabnya!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI